“Kuatkan Semangat Harungi Alam Rumah Tangga,” – Sah Bergelar Suami, Jasmin Hamid Titip Doa Buat Anak

Share

Setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti akan mendoakan kebahagiaan buat anak penyeri hidup.

Pelakon senior, Jasmin Hamid ada menitipkan kata doa buat anaknya, Lukhman Hakim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu.

Kongsi Jasmin, dirinya berharap anaknya dapat menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

“Doa seorang Ibu tiada Hijab.. Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kebaikan buat anak-anak Ibu.. Ingat pesanan Arwah MAMA, Arwah BABA dan Ibu..,

“Jadilah Khalifah yang terbaik untuk BIDADARIMU.. Jaga Amanah yang Allah berikan supaya berkat hidup mu di dunia dan di akhirat ..Kuatkan semangat untuk harungi alam rumahtangga..

“Anak Ibu sedih yaaa.. Sekental mana pun seorang lelaki, Seorang Ibu, adalah tempat yang terbaik dan nyaman untuk anak-anak lepaskan perasaan yang di lalui..

“Ibu sentiasa berada di sisi mu walau dalam  apapun keadaan mu.. Terutama di kala hari rebah mu..

“Menangislah, peluklah ibu sepuas hati mu, untuk melepaskan apa yang terpendam di dalam hati mu.Biar Ibu berlapar asalkan anak-anak Ibu kenyang.. Bahagia kamu, bahagialah Ibu.. Sakit kamu, sakitlah Ibu..Kasih sayang Ibu hingga jannah..,” tulisnya panjang lebar.

Untuk rekod, Jasmin turut memiliki lagi seorang anak angkat bernama Rohana selain Lukhman.

Selepas itu, Jasmin dikurniakan seorang anak bernama Ian Haziq hasil perkahwinan bersama bekas suami, Ian Rashid.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN