Kuasa Viral…Hilang Hampir 12 Jam, Bapa Zahid Sudah Ditemui

Share

Bapa penyanyi Zahid Baharuddin yang gagal dikesan hampir 12 jam yang bermula malam tadi telah ditemui di Grik, Perak, kira-kira 10.30 malam  tadi.

Perkara itu dikongsikan bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia (AF) musim kedua menerusi Twitter miliknya.

“Thank u warga twitter! Papa saya dah dijumpai di grik, Perak. Terima kasih yang membantu RT twitter saya sepanjang hari ni – alhamdulillah dia ok.

“The power of social media. Thank you Allah.. thank u semua skali lagi.” tulis Zahid. 

Terdahulu, Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta jenis Proton Preve Silver bernombor plat DCS 6092 yang dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.

Difahamkan, bapanya keluar kira-kira jam 11 pagi semalam tanpa pengetahuan ibunya yang berada di rumah.

Twitter : Zahid Baharuddin

IKLAN