Uncategorized

“Kuajaq Thanos…,”- Kamal Adli Kongsi Poster Telemovie, Ini Komen Netizen

Share

Pelakon, Kamal Adli berkongsi poster telemovie lakonannya bersama Nora Danish, Hingga Jumpa Lagi di laman Instagramnya, semalam.

“17 nov 2018, 9.00 malam, citra & citraHD,” tulisnya di kapsyen

Bagaimanapun, lain pula yang dilihat oleh netizen apabila mereka mengaitkannya dengan filem Marvels: Infinity Wars.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang terkesan dengan Nora Danish yang tampil tanpa rambut dalam telemovie itu kerana membawakan watak wanita yang mempunyai kanser.

Sebelum ini, Nora ada berkongsi foto dia tanpa rambut dan mendapat banyak pujian daripada netizen. Telemovie terbitan terbitan KL Motion Picture mengisahkan Eva seorang wanita yang mempunyai kanser rahim tahap empat namun mempunyai seorang suami yang penyayang.

Foto/Instagram: Kamal Adli

IKLAN