Kru Mak Cun 5 Terlibat Kemalangan

Share

Memuat naik sekeping foto memperlihatkan kemalangan pertembungan dua kereta, pengarah Erma Fatima menerusi Instagram meluahkan rasa syukur.

Semuanya apabila mereka yang terlibat dalam kemalangan berkenaan difahamkan berada dalam keadaan selamat.

Mah bintang itu turut meletakkan tanda pagar #makcun5 di ruangan kapsyen foto.

Bagaimanapun, Erma tidak pula menyatakan secara terperinci lokasi dan sebab kemalangan berlaku.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah menyelamatkan semuanya. Amin.”

Betty Rahmad turut meninggalkan komen mempersoalkan apa yang sedang berlaku kepada kakaknya.

Netizen rata-rata mendoakan agar pihak produksi Mak Cun 5 dilindungi daripada malapetaka.

Foto : Instagram Erma Fatima

IKLAN