Pelakon yang juga Juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al Yahya mendedahkan, dia tidak rasa terkesan apabila isu stail rambutnya yang dipotong pendek memberi reaksi pelbagai di kalangan netizen pada sambutan hari raya lalu.

Menurut Scha, dia lebih selesa untuk memikirkan kepuasan diri berbanding terlalu ambil pusing mengenai pandangan spektikal pihak luar yang ada ketikanya melampau.

” Jujurnya, saya gembira dapat potong rambut pendek memandangkan sudah lama simpan rambut panjang. Malah saya sendiri lupa bila kali terakhir saya rambut pendek.

 

“Apa pun, inilah rambut paling pendek pernah saya potong dan rasanya ia seiring dengan pendirian saya untuk tampil dengan imej lebih segar,” kongsi Scha kepada MH.

Pada masa sama, isteri kepada Awal Ashaari ini turut menambah, dia seorang yang hati kering, selagi tidak menyentuh isu keluarga.

IKLAN

“Bila ada yang samakan gaya rambut dengan dengan kobis atau mop lantailah, saya okey sahaja kerana saya seorang yang hati kering. Mereka boleh mengata saya, cuma jangan sentuh anak saya sahaja,”terangnya.

Terdahulu, Scha ketika ditemui media sejurus majlis pelancaran  dan ramah mesra bersama para pelakon filem Bikin Filem di TGV, The Strand Mall, pada Jumaat.

Selain mahu tampil dengan sisi imej yang baru dan ubah cita rasa, Scha juga tidak menolak keputusan untuk memotong rambut adalah sebagai sebahagian komitmen untuk menjayakan watak Zarina menerusi filem terbarunya itu.

IKLAN

“Juru solek ada beri idea untuk kenakan rambut palsu saja, tetapi rasanya lebih baik untuk saya ambil ‘feel’ dengan potong rambut sendiri,” akhiri Scha.

Bikin Filem yang berkonsepkan ‘black comedy’ terbitan Resilience Studios turut dibarisi pelakon popular lain seperti Azhan Rani, Roy Azman, Sherry Al Hadad, Sharifah Sakinah, Erra Fazira dan ramai lagi.

IKLAN

Ikuti sidang media filem berkenaan yang menerusi FB Live MH.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155728837568435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI