Kourtney Kardashian Bertunang Dengan Travis Barker. Anak-Anak Jadi Penghubung Cinta

Share

Kakak sulung Kim Kardashian ini nampaknya sudah membuka hatinya untuk menerima lelaki baharu sebagai pelengkap hidup. Kourtney, 42, telah disahkan bertunang dengan pemain dram kumpulan Blink-182, Travis Barker, 45, pada Ahad lalu.

Bintang realiti TV itu memuat naik gambar di laman Instagramnya bersama kapsyen “Forever”. Dapat dilihat pasangan itu saling berpelukan dalam suasana penuh romantis di kelilingi karangan bunga ros merah dan lilin di tepi pantai sebuah resort yang terletak di Montecito, California.

Pasangan yang mula menyatakan kepada umum secara rasmi mereka sebagai pasangan kekasih pada Februari tahun ini sebenarnya banyak dihubungkan oleh anak mereka.

Tinggal di kawasan perumahan yang sama, anak-anak mereka menjadi sahabat yang rapat dan selalu bertemu, sekaligus menghubungkan mereka berdua sebagai ibu bapa.

Kourtney sebelum ini pernah berkongsi hidup bersama Scott Disick dan memiliki tiga orang anak manakala Travis Barker pula memiliki dua cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya, Shana Moakler.

Kourtney bersama adik beradik perempuannya yang lain.

Dalam laporan E! News, lamaran Travis kepada Kourtney berlaku kira-kira jam 6.30 petang sambil disaksikan Khloe Kardashian dan Tristan Thompson. Kim Kardashian pula menyatakan kegembiraannya terhadap pertunangan kakaknya itu di laman Twitter dengan ciapan, “KRAVIS FOREVER” dan disertakan dengan emoji sebentuk cincin.

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN