Koperal Safwan Muhammad Ismail Meninggal Dunia, Fakhrul Unic Titip Ucapan Takziah

Share

Pemergian seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang meninggal dunia dipercayai akibat dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas cukup menghibakan.

Penyanyi nasyid, Fakhrul Unic tidak ketinggalan menitipkan ucapan takziah buar keluarga allahyarham dan mendoakan agar arwah diberi keampunan.

“Seorang anggota polis meninggal dunia akibat dilanggar ketika bertugas.

“Takziah buat keluarga arwah. Semoga diberi keampunan dan rahmat kepada beliau.

“Buat keluarga arwah, semoga diberi ketabahan,” kongsinya.

Terdahulu, Koperal Safwan Muhammad Ismail merupakan frontliner yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan penularan pendemik Covid-19.

Menurut laporan, allahyarham meninggal dunia serta merta di tempat kejadian apabila di rempuh sebuah Hilux yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki mabuk di Lebuhraya LEKAS.

Tragedi malang itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi semasa allahyarham sedang bertugas mengawal lalu lintas dalam Ops Covid-19.

Foto : Instagram Fakhrul Unic

IKLAN