Kontroversi Didakwa Cederakan Bekas Tunang: Tiada Kenyataan Dari Syafie Naswip Setakat Ini

Share

Susulan kontroversi ada laporan yang mendakwa dia telah mencederakan bekas tunang yang juga seorang pelakon, Syafie Naswip enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pengurusnya, Badrul Hashim seperti yang dipetik Kosmo!.

Katanya lagi, tiada kenyataan yang ingin dikeluarkan daripada pihak Syafie buat masa ini.

Berita penahanan seorang pelakon lelaki yang didakwa telah mencederakan bekas tunang dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, di sini pada 26 Jun lalu mulai diperkatakan ramai.

Apatah lagi, ia dikatakan melibatkan pelakon  yang dikenali.

Rentetan daripada kes berkenaan, individu tersebut ditahan polis pada Sabtu lalu selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara. Namun, dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil kenyataan.

Terdahulu, Syafie pada 21 Julai lalu mengumumkan ikatan pertunangannya dengan Aishah sudah pun putus dan ia bukan berpunca dari pihak ketiga.

Foto: Instagram Syafie Naswip

IKLAN