Susulan kontroversi ada laporan yang mendakwa dia telah mencederakan bekas tunang yang juga seorang pelakon, Syafie Naswip enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pengurusnya, Badrul Hashim seperti yang dipetik Kosmo!.
Katanya lagi, tiada kenyataan yang ingin dikeluarkan daripada pihak Syafie buat masa ini.
Ads
Berita penahanan seorang pelakon lelaki yang didakwa telah mencederakan bekas tunang dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, di sini pada 26 Jun lalu mulai diperkatakan ramai.
Apatah lagi, ia dikatakan melibatkan pelakon yang dikenali.
Ads
Rentetan daripada kes berkenaan, individu tersebut ditahan polis pada Sabtu lalu selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara. Namun, dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil kenyataan.
Ads
Terdahulu, Syafie pada 21 Julai lalu mengumumkan ikatan pertunangannya dengan Aishah sudah pun putus dan ia bukan berpunca dari pihak ketiga.
Foto: Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 14 Mac lalu menjadi detik manis buat pasangan selebriti, Shakilla Khoriri dan suaminya Fizi Ali yang menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka yang menambah seri keluarga.
Diberi nama Ameena Sofia, bayi comel yang kini berusia lima bulan itu telah pun dilakukan majlis aqiqah oleh kedua orang tuanya.
Malah, momen indah sepanjang majlis itu turut dikongsikan Shakilla menerusi Instagram miliknya.
Bertemakan warna-warna lembut, majlis yang disambut secara sederhana itu diadakan di Shah Alam dan kelihatan, mereka sekeluarga turut sepakat mengenakan persalinan rona jingga lembut pada majlis berkenaan.
Kisah seorang ibu yang melahirkan anak dalam keadaan koma baru-baru ini nyata menyentuh hati ramai, termasuk pelakon dan hos, Datin Fouziah Gous dan suami, Datuk Zhafran Yusof yang sempat berkesempatan untuk bertemu dengan ahli keluarga terbabit.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Kamareeah Arwae terlantar akibat ketumbuhan di bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu melahirkan anak bongsunya, Farah Hanis secara pembedahan ketika berada dalam keadaan koma.
Datin Fouziah Gous serta suami hadir ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan bagi melihat sendiri keadaan wanita berusia 36 tahun itu serta anak bongsunya yang turut dilahirkan pramatang.
Memetik Berita Harian, suami kepada bintang berkenaan menjelaskan, Zhafrandia dan isterinya ada melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan.
Di samping itu, pasangan ini turut menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning yang melanda Kelantan pada 2014.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban yang berlaku ke atas Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, suami kepada Kamareeah, Fairol Haziri Rahim mengharapkan keajaiban dengan berdoa agar isterinya itu kembali sedar serta mampu menyusukan anak.
“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” katanya.
Jelas Fairol lagi, doktor ada memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh pasti.
“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui.
Pada masa sama, keluarga ini juga turut mendapat perhatian serta bantuan ramai apabila kisah mereka mulai tular di media sosial dan media cetak.
“Alhamdulillah, kos untuk membeli lampin pakai buang dan susu kepada isteri serta anak bongsu dapat dijimatkan apabila ada pihak yang menyumbang barang berkenaan untuk mereka.
“Sumbangan yang diberikan cukup besar maknanya kepada saya, lebih-lebih dalam keadaan saya sudah tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan isteri sepanjang masa.
“Sejak isteri terlantar, hanya saya seorang yang menjaganya dari menukar lampin pakai buang, mengelap tubuh badan, memberi susu khas melalui wayar yang dipasang di hidungnya sehingga membersihkan wayar di bahagian lehernya yang ditebuk,” tambah Fairol yang turut memaklumkan ada pihak yang mahu mengambil anak bongsunya sebagai anak angkat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.