Selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil mengulas mengenai dirinya yang dilihat aktif di aplikasi sosial popular TikTok kebelakangan ini sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan peminat.
Menurut Pak Nil,60, dia tidak melihat usia sebagai penghalang untuk sama-sama mencuba perkara trending yang menjadi kecenderungan khasnya di kalangan anak muda masa kini.
“Saya tak pernah buat-buat menari di TikTok. Sebab kalau tak ada TikTok pun saya memang tak reti menari. Jadi kita cuba terokalah apa kaedah yang boleh dilakukan.
“Misalnya kalau pandai pantun, berpantunlah. Kalau pandai masak, memasaklah. Konten di TikTok ada macam-macam, bercakap dengan kambing pun saya ada tengok,” katanya.
Pak Nil yang kini mempunyai lebih 114,000 pengikut di TikTok berharap konten positif yang dikongsikannya itu boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang.
“Ada ketikanya saya habiskan masa yang lama di TikTok sebab kebanyakan yang ada adalah konten. Saya sendiri suka kepada perkara sedemikian. Yang penting bagi saya apa yang ingin dilakukan itu biarlah bersesuaian dengan usia juga.
Ads
“Kalau saya buat sesi siaran langsung (live TikTok) misalnya, saya bersembang dengan pengikut sambil berlari atas treadmill. Dalam tempoh satu jam begitu.
“Kebanyakan yang tonton pula terdiri daripada golongan muda dan ada yang rasa kagum bila saya dapat baca komen sambil berlari.
“Kalaulah ada yang berfikiran bahawa ‘bila tua mahu jadi macam Pak Nil, umur 60 pun boleh berlari lagi.’ Harapnya itu boleh dijadikan inspirasi, insya-Allah,” katanya lagi.
Hos senior itu ditemui pada majlis Up Close & Personal With Pak Nil & Sesi Pengumumannya Sebagai Duta Nakada di Ibu Pejabat Primada, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Mengulas lanjut mengenai perlantikan Pak Nil selama dua tahun bermula sejak Mei 2021, Datuk Yap Kong Heng selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu menjelaskan pihaknya memilih selebriti itu atas kredibiliti yang dimiliki.
“Beliau mempunyai imej yang sihat, ceria, peramah, suka memasak selain peka terhadap penampilan dan kesihatan. Lalu minat dan dedikasinya itu bertepatan dengan produk yang syarikat kami pasarkan.
“Dia juga masih kekal relevan dalam memikat hati ramai orang dalam bidang yang dilakukan. Hatinya juga sangat murni kerana sentiasa mahu membantu mereka yang memerlukan.
“Lihat saja ketika era pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan musibah banjir baru-baru ini, beliau antara yang tak betah duduk diam. Sebaliknya mahu membantu dengan menggunakan populariti dan kelebihan yang ada,” katanya.
Ads
Beroperasi sejak lebih dua dekad lalu, syarikat Nakada Group (M) diusahakan dua beradik, Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas yang juga suami kepada Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mempunyai pandangan sendiri apabila memberikan respon mengenai tempias populariti terhadap anak pertama mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
PU Riz berkata, dia dan isteri selesa dengan konsep bersederhana, termasuk dalam soal permata hati.
“Bila bercakap soal masyur ni, ia kadang ada kebaikan dan kadang ada keburukan. Jadi kita nak hidup dalam cara yang diberkati dan tidak terlalu orang nak kenal sangat.
“Dalam Islam kita panggil ‘wasatiyyah’, pertengahan… sederhana. Meski ibu bapanya satu Malaysia orang mungkin kenal, kita berharap anak yang bakal lahir ini dapat membesar dengan cara yang Islam.
“Tak terkenal sangat pun tak boleh nak cakap juga sebab ibu dan bapanya orang kenal. Tapi kita tak nak dia ke situlah…secara sederhana,” katanya.
PU Riz bersama Neelofa ditemui semasa pelancaran perisa baharu susu jenama Nilofa di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur, semalam.
Ditanya mengenai apa yang dibimbangi menjelang isteri yang sedang menghitung hari bersalin, ini reaksi PU Riz;
“Secara umumnya, kita pun tak pernah kan… (pertama kali dan bakal bergelar bapa). Jadi kita kena siap sedia dari segi mental dan saya rasa bagi mereka yang sudah berkahwin akan faham. Bila kita sendiri lalui, bukan senang,” katanya.
Sementara itu, Neelofa mengharapkan agar susu berperisa coklat yang diperkenalkan mampu menyaingi fenomena Susu Pisang Nilofa yang diperkatakan sebelum ini.
“Saya sangat berharap semoga Allah bagi rezeki, kifa boleh kembalikan fenomena seperti susu pisang dulu.
“Selepas fasa pandemik ini, harapnya produk ini mampu membangunkan kembali gelombang sebagaimana sebelum ini, insyaAllah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini berkahwin pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad menyingkap kisah hubungannya bersama arwah bapa, Syed Abdullah Alhadad menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.
Ketika sesi rakaman temu bual yang diadakan di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur itu, Sherry menjelaskan Allahyarham bapa tersayang meninggal dunia sekitar tahun 1993, ketika dia berusia 9 tahun.
“Arwah ayah saya meninggal pada tahun 1993, waktu itu saya darjah tiga. Jadi dia tak sempat saksikan macam mana saya punya minat dalam dunia lakonan ini berkembang.
“Tapi daripada saya kecil lagi memang saya sudah tunjuk minat saya dalam berlakon.
“Sebenarnya, saya dapat bakat ni pun daripada arwah abah saya juga sebab dia adalah penghibur untuk saudara mara. Saya rasa mungkin sifat-sifat kelakarnya itu, turun kepada saya,” katanya.
Tambah Sherry lagi, dia selalu mengimbau memori indah bersama arwah bapanya, meski sudah hampir 30 tahun berlalu.
“Bayangkan waktu dekat sekolah bila kita buat kad ucapan untuk hari bapa, kita menangis dekat tepi. Saya sentiasa ingat memori saya dengan abah dan akan sentiasa terpahat di dada.
“Sedih… tapi dalam masa yang sama saya kuat sebab mak saya kuat, kakak-kakak saya kuat secara tidak langsung saya pun jadi kuat,” luahnya lagi.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Sherry menerusi pautan video ini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Sherry AlHadad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi yang kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 11.00 pagi, pada Sabtu dengan sekali lafaz.
Mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran dipersembahkan pada hari bahagia yang dilangsungkan secara tertutup itu.
Sejurus majlis nikah, pasangan raja sehari itu diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.
Sementara itu meninjau menerusi Instagram suaminya, Mahadi memanjatkan rasa syukur, seterusnya memohon doa yang baik-baik daripada semua.
“Depa cakap life start at 40, kami start at 38 InsyaAllah.
“Doakan supaya kami dan bidadari dunia akhirat kami, Nur Heliza Helmi dapat melayari bahtera hidup bersama yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke Jannatul Firdaus.
“Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘Alaykuma
Wa jama’a baynakuma fi khayr.. Aamin,” tulisnya.
Menerusi hantaran sebelum ini, Mahadi turut mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah dengan 1 kali lafaz Ijab Qabul pada 11.11am tarikh 1.1.22. Semoga perjalanan kita mempunyai matlamat 1 yang sama yakni Jannatul Firdaus.
“Taat pada yang 1 yakni Allah SWT. Ikut cara hidup yang 1 yakni Nabi Muhammad SAW. Berpandukan kitab yang 1 yakni Al Quran.
“Daripada 7.8 billion manusia, kamulah yang 1 bertakhta di hati di Jannah. Posting ini di post pada 11.11pm 1.1.22,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...