Saat hari Pilihan Raya ke 14 (PRU14) diumumkan jatuh pada 9 Mei, ternyata ia adalah mimpi ngeri buat mereka yang sudah membeli tiket Konsert ‘Bruno Mars Live In Kuala Lumpur’.

Apa taknya, pada mereka yang tinggal berjauhan tentunya sudah ‘book’ hotel dan sebagainya untuk hadir ke konsert tersebut.

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

Pihak penganjur, PR Worldwide sebelum ini tidak memberikan kata putus mengenai perkara tersebut bagaimanapun, semalam pihak mereka mengeluarkan kenyataan bahawa konsert akan berjalan seperti biasa.

“Kepada semua pemegang tiket ‘Bruno Mars Live In Kuala Lumpur’, konsert tersebut setakat ini akan berjalan seperti yang dirancang.

“Untuk perkembangan lanjut boleh layari laman web PR Worldwide,” tulisnya.

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

IKLAN

Konsert tersebut akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil bermula jam 8 malam.

Melalui pemerhatian MH, ada komen yang meminta agar hari konsert tersebut dijadual semula memandangkan ada diantara mereka yang ingin keluar mengundi.

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

IKLAN

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

Dalam pada itu, ada juga yang mengharapkan agar konsert tersebut berjalan seperti biasa memandangkan mereka sudah lama menantikan kehadiran penyanyi ‘Just The Way You Are’ tersebut di Malaysia.

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

IKLAN

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

Konsert Bruno Mars Live In KL Akan Tetap Diteruskan Walaupun Jatuh Pada Hari Mengundi!

Apa-apapun, MH harap para pemegang tiket dapat menyelesaikan kemelut ini.

sumber: Facebook PR Worldwide

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI