
Aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin menafikan isu yang kononnya, dia telah berkahwin dengan seorang gadis Ukraine, Tanya Glembotska.
Tanya sebelum ini dikatakan sebagai gadis yang sering dikaitkan dengan pelakon berkenaan.
Terdahulu, Khabar angin mengenai berita tersebut itu mulai rancak menjadi bulan ramai apabila satu akaun Instagram (IG) gosip tempatan ada berkongsi foto Zul dan Tanya.
Difahamkan, foto berkenaan dikongsi di ruangan IG Story milik gadis Ukraine itu.
“I want to say thanks to my husband, I am very happy with you,” tulis Tanya.
Zul seperti yang dipetik BH Online bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengatakan akaun IG gosip itu mungkin inginkan perhatian.
“Tiada maknalah, itu semua cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.
“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya, komen pun tiada guna…maaf saya tiada komen,” jelas aktor berusia 33 tahun ini.
Untuk rekod, Zul pernah dikatakan bercinta dengan Tanya tahun lalu apabila dikatakan masing-masing berkongsi gambar di lokasi dan masa yang sama menerusi akaun IG.
Foto: Instagram Zul Ariffin, MemesPuaka
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alamak, Seriouslah Gagal! Bapak Ahh,”- Lagu ‘Pening’ Dikata Gagal, Rakan Artis Minta Nabil Usah Peduli!

Baru-baru ini, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengejutkan industri hiburan apabila melancarkan single dan muzik video terbaru berjudul Pening.
Muzik video tersebut telah dimuat naik di laman You Tube pada Rabu dan setakat ini menerima lebih 80,000 tontonan.
Bagaimanapun, sebuah portal berita didakwa telah menganggap muzik video berkenaan sebagai gagal dan perkara tersebut telah mendapat perhatian si empunya badan.
Perkara tersebut telah dikongsikan Nabil di laman Instagram miliknya.
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
“Alamak, serious la gagal? Korang dah dengar ke belum? Ada dekat YouTube Mixology Music. Bapak Ahh,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap entri tersebut .
Manakala, rakan-rakan artis seperti Waris dan Dj Fuzz pula meminta Nabil supaya tidak mempedulikan komen negatif tersebut.
Pada pendapat MH, usaha Nabil seharusnya wajar diberikan pujian kerana dia telah menampilkan sesuatu yang baru malah turut diselitkan dengan nasihat dan elemen-elemen lucu.
Sumber: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Ketika ini, rata-rata pencinta drama tempatan cukup berminat mengikuti drama rantaian terbaru menerusi slot Akasia, Pujaan Hati Kanda.
Drama lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah itu menjadi bualan ramai, lalu trending menerusi media sosial.
Bukan hanya jalan ceritanya yang menarik, malah lakonan para pelakonnya juga turut menjadi perhatian.
Misalnya Reen Rahim yang mendukung watak sebagai Su, Sarah Hilderbrand sebagai Nadine dan Syazwan yang memainkan watak sebagai Pali.
Menerusi sebuah posting video Syazwan Zulkifly menerusi Instagram, pelakon itu telah berkongsi kembali sedutan video heroin drama berkenaan, Mira Filzah yang memuji karektor Pali yang dijayakannya.
Lalu, Syazwan menitipkan perkara sama buat Mira.
“Secara jujur, awak pun @mfmirafilzah adalah seorang pelakon yang sangat baik. Jika saya seorang saja yang memberi bak kata awak, dan awak hanya menerima saja, ianya pun tak kan menjadi.
“Tapi kerana awak juga turut memberi, alhamdulillah, bukan kita saja, penonton yang menonton juga turut terkesan.
“Thank you Mira kerana banyak memudahkan saya untuk membawa karekter #pali ini sepanjang pegambaran dijalankan.thank you very much,” tulisnya.
A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on
Pada masa sama, para peminat juga turut memuji watak hitam yang dijayakan bintang tersebut.
Foto: Instagram Syazwan Zulkifly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha kini banyak meluangkan masa bersama keluarga setelah bergelar ibu kepada Yusuf Iskandar dan kini sedang hamil anak kedua.
Terbaru, Hanis telah memuat satu gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen ;
“Yusuf dah betul2 tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu? Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis2 mintak tolong suami”
“Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio. Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol.”
“Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua. Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask.”
“So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”
“Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap.Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”.
“Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam. Pastu Mommy pun dah baik padahal buat satu sesi je, baguslah chiropractor, bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya.”
“Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby. Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu I love you my son, you’re gonna be a big brother soon.”-Tulisnya
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Ternyata, Hairul nyata seorang bapa yang tegas dalam mendidik anaknya. Malah isterinya juga memainkan peranan untuk menasihati netizen
supaya mendidik anak dengan cara yang bukan garang tetapi tegas.
Foto : Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

