“Konon Nak Hide Perut Tapi…,” – Ramai Minta Tips Hamil, Bekas Dewi Remaja 2010 Anzalna Nasir Terbuka Kongsi Tak Lama Lagi!

Share

Nampaknya makin meriahlah industri hiburan dengan anak-anak selebriti yang comel.

Mislanya Anzalna Nasir yang sudah pun mengandung empat bulan telah berkongsi video sewaktu sedang melakukan sesi fotografi.

Perkongsian tersebut dibuat finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini menerusi Instagram.

“Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot.

“Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka! Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha…

“Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant. InsyaAllah i will share with you guys.

“Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe,” tulisnya.

Diijabkabul pada Februari 2016, nampaknya Anzalna dan suami, Muhamad Hanif Mohamad Zaki bakal menimang cahaya mata pada tahun ini.

Pelakon jelita ini mengulas bakal berkongsi tips mengandung dengan peminat menerusi saluran youtube.

Tahniah daripada kami di MH, semoga semuanya dipermudahkan.

Foto : Instagram Anzalna Nasir

IKLAN