Terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian hampir RM19,000 gara-gara terpedaya sindiket pelaburan atas talian (scammer), pelakon, Abby Abadi memaklumkan kejadian tersebut berlaku tanpa pengetahuan suaminya.
Jelas Abby, suaminya, Muhammad Faizal Zakari reda dan menyifatkan segala yang berlaku merupakan ketentuan daripada Illahi.
“Walaupun saya kena tipu, suami kata, ‘tak mengapalah sayang, tiada rezeki tapi macam mana boleh kena?’. Tanya jugak tu?
“Saya cakap tulah pasal. Rasa dah macam group merepek dan dah terasa dah macam nk terkena. Teruskan juga. Macam diseru-seru.
“Duit berlebih gatal pulak. Kalau tiada berduit, tahu pula duduk diam,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instaram.
Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan akui lega kerana suaminya itu bersetuju untuk menggantikan kesemua wangnya yang telah lesap.
“Suami memang tak tahu langsung fasal ni. Semua saya memandai sendiri. Konon kalau dapat, nak buat kejutan pada semua. Duit terpijak. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Ads
“Yang pasti, sudah minta suami ganti. Suami kata ok sayang. Terima kasih suami. Baikkan suami saya.
“Tapi serius macam mimpi pun ada ni tapi nak buat macam mana, dah transfer dah pun,” ujarnya lagi.
Akui kesilapan tersebut berlaku disebabkan kelalaian diri sendiri, namun Abby tetap berharap agar dipelaku mendapat hukuman yang setimpal di dunia dan akhirat.
“Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tak mengapa, Allah ada. Saya tuntut dekat Padang Masyar nanti. Nak senang hidup dekat dunia, scam orang dan tipu sana sini.
Ads
“Tak tahu ke mati seksa nanti? Kalau tak tahu, ni saya nak bagitahu, kalau berhutang pun sangkut, kalau begini apatah lagi.
“Jumpa nanti dekat sana ye scammer. Saya haramkan dunia akhirat,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menyifatkan kejadian ini sebagai pengajaran yang berguna.
“Sedinya. Semoga Allah gantikan berganda-ganda lagi berkat kesabaran. Mahal sungguh harga sebuah pengajaran. Rasa macam duit sendiri pula.
“Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk akak sekeluarga.
Ads
“Tak mengapa. Ini pengajaran untuk Akak Abby dan para pengikut. Ada hikmah disetiap perkara. Semoga perolek kebaikkan dan rezeki berlipat kali ganda daripada duit yang hilang tu.
“In Sha Allah, bila kita reda dengan apa yang kita sayang, Allah janji akan ada yang lebih baik yang akan datang. Semoga murah rezeki akak. Saya pernah kena dahulu. Suami juga sangat menyokong,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu, Abby memaklumkan dirinya telah terpedaya dengan janji manis sendiket scammer selepas namanya dimasukkan dalam kumpulan Telegram ‘Trade Free Income’.
Menurut Abby, dia telah dijanjikan pulangan sebanyak RM145,000 dalam masa tiga jam sekiranya dia melaburkan wang pendahuluan sebanyak RM4,000.
Selepas termakan pujukan sendiket tersebut, Abby memindahkan lagi wang berjumlah RM14,500 seminggu kemudian.
Sedar diri akhirnya ditipu, Abby terus membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon Ashraf Muslim ada memaklumkan mengenai bahagian buku lalinya yang terpaksa dilakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan cecair ganglion cyst menerusi Instagram.
Ganglion Cyst merupakan cecair bukan kanser atau pembengkakan seperti cecair yang berlaku pada atau berhampiran sendi pergelangan tangan atau kaki.
“Kesian ankle ku ini..Mcm2 dah jadi pada dia. Dulu masa muda2 ku gasak betul2 sampai lupa nak jaga ankle nih. Mana tak nya main rugby, basketball siang malam tanpa had dan sekarang baru rasa kesannya.
“Hari ni AM kena menjalani minor procedure iaitu mengeluarkan cecair ganglion cyst. Padanlah rasa sakit jer kaki kiri seminggu ni lepas FFM lepas. Bukan tu jer cek2 lagi ada tendon koyak yg masih belum recover lagi dr game sebelum nih,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang ini turut berterima kasih kepada pakar yang bertangunggjwab menjalankan prosedur berkenaan.
“Sabar yer nasib boleh repair lagi ni. Itulah kalau dah nama sportsman mestilah lalu semua nih. Apa-apa pun tq pada sahabatku flix air susu masa kat rmc yg sekarang dah jadi Dr Pakar Otopodik (perubatan sukan) Dr Izzudin @spcodeine yg rekemen kan kepada DoktoR pakar iaitu Dr Rahmani di PPUM.
“Dia kata akan bengkak dalam beberapa hari ni.. jgn jalan byk. (hermm part tu yg susah nak buat sbb byk kerja sekarang ni yg kena travel sana sini apa2 pun kawan cuba) and @ashraffyazid next week kita physio k.
“Doakan AM ankle AM baik cepat yer tak sabar nak beraksi dalam court. Sorry team basketballku #Phantoms, minggu ni tak dpt main lah..apa2 pun kita akan masuk quarterfinal lah.. hahaha! Oklah bye!,” maklumnya lagi.
Pelakon, Datin Niena Baharun menyifatkan setiap wanita hentaklah sentiasa berhati-hati dan berfikir panjang sebelum memutuskan untuk memilih pasangan hidup.
Jelas Niena, sekiranya para wanita tersilap langkah dalam membuat keputusan paling besar di dalam hidupnya itu, kemungkinan besar mereka akan menyesalinya seumur hidup mereka.
“Nasihat buat semua perempuan di luar sana, berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.
“Kerana kehidupan seseorang perempuan selepas bergelar isteri nanti adalah sepenuhnya bersama suami,” tulisnya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menambah, para wanita akan lebih beruntung sekiranya mereka bertemu dengan lelaki yang sangat menjaga agamanya serta menghormati martabat seorang isteri.
“Maka pilihlah lelaki yang soleh, lelaki yang baik agamanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah, solat lima waktu tak pernah tinggal.
“Lelaki yang hormat kepada mak ayah, dan dia juga menghormati kamu sebagai seorang perempuan. Bila marah dia tidak menaikkan tangan ke tubuh kamu.
“Bahkan dia menasihati kamu dengan penuh lemah lembut serta berhikmah. Mungkin tegas pada suara tapi lembut pada hati,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Niena sebagai reaksi balasnya berhubung isu seorang isteri hamil yang parah dipukul oleh suaminya seperti yang tular di dada-dada akhbar baru-baru ini.
Dalam pada itu, Niena turut berpendapat rupa dan harta tidak menjaminkan apa-apa sebalik hati yang ikhlas mampu untuk memimpin tangan isteri hingga ke syurga kelak.
“Tak salah jika memilih rupa tapi memilih lelaki yang tampan itu tidak menjamin kebahagiaan hidupmu. Dan mimilih lelaki yang kaya bukan bermakna kamu tidak akan diduakan.
“Kerana hati yang tulus ikhlas bukan datang dari paras rupa dan harta. Tapi datang dari hati seorang lelaki yang ikhlas mahu hidup berdua sampai ke syurga Allah,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Niena telah pun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada tanggal 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Adiel Mikail yang kini baru berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Datin Niena Baharun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan isu lambat menerima bayaran untuk beberapa buah program lawak terbitan sebuah stesen televisyen tempatan, pelakon dan pelawak, Atu Zero menzahirkan rasa syukur selepas mengetahui pembayaran kepada artis-artis lain telah pun dilunaskan.
Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, dia lantang menyurakan isu ini kerana mengenangkan nasib artis-artis lain yang jarang menerima tawaran bekerja.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan ramai pelakon-pelakon otai dan baharu sudah pun menerima bayaran selepas saya viralkan kisah tersebut. Ramai yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih
“Kata mereka, kalau saya tidak viralkan hal tersebut, mungkin mereka pun belum dapat bayaran. Saya bukan nak cakap yang saya ni berani dan mereka tidak tapi kita cerita fasal hak.
“Saya bukanlah tak kisah sangat mengenai duit tersebut tapi saya lebih kisahkan nasib rakan-rakan artis lain ini. Tawaran kerja mereka pun bukan selalunya ada. Siapa lagi nak tolong bersuara untuk mereka kalau bukan orang macam saya,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, anggota kumpulan lawak Zero ini agak terkilan selepas mengetahui hanya pembayaran bagi pihaknya sahaja yang masih belum dilunaskan.
“Kalau cerita nilai keseluruhan bagi tiga program yang saya buat, ada dalam RM30,000. Saya bukan nak buka aib sesiapa tapi ini kebenarannya.
“Kawan-kawan artis lain semuanya sudah dapat tapi cuma pembayaran saya seorang yang dibekukan. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan saya bersuara.
“Kali ini, kalau saya bersuara lagi soal duit, apa beza saya dengan pihak di sana? Saya akan pastikan saya terima wang tersebut walaupun lambat. Saya ini jenis orang yang akan bersuara sekali sahaja.
“Kemudian, saya tak mahu panjangkan lagi. Saya ini hanya ada SPM dan tahap pendidikan mereka jauh lebih tinggi. Takkan mereka tak boleh berfikir macam saya,” katanya lagi.
Atu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Malam Raya yang diadakan di GSC, NU Central, Kuala Lumpur pada Rabu.
Jelas Atu lagi, dia sendiri tidak tahu motif sebenar pihak stesen televisyen tersebut yang meminta dirinya untuk hadir ke pejabat sekiranya ingin menuntut bayaran.
“Selepas saya viralkan kisah ini pada 1 April lalu, mereka mahu membayar wang saya tapi mereka minta saya untuk datang ke pejabat. Kenapa pula begitu?
“Sedangkan sebelum ini semua pembayaran dibuat secara atas talian. Kalau betul nak bayar, bayar sahajalah. Tak perlu tahan-tahan.
“Mereka juga minta saya ke sana untuk buat permohonan maaf terbuka. Kenapa pula saya kena minta maaf?,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Atu turut menyifatkan tindakkan pihak stesen televisyen tersebut yang mengatakan dirinya seperti pepatah ‘anjing makan tuan’ sememangnya agak keterlaluan.
“Sebagai manusia, saya agak terkilan. Namun, kalau saya nak melenting pun, tida beza saya dengan mereka. Siaapa-siapa pun akan marah kalau dilabel sebegitu,” akhirinya.
Sebelum ini, Atu meluahkan rasa kecewa kerana pihak stesen televisyen berkenaan dikatakan telah kerap kali lewat membuat pembayaran daripada tarikh yang telah dijanjikan.
Lantaran itu, dia bertindak untuk menyuarakan isu ini di media sosial agar pembayaran dapat segera dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kematian pelakon Michelle Trachtenberg, yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular Gossip Girl, telah mengejutkan dunia hiburan. Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di apartmennya...