Uncategorized

Konon Aeril Zafrel Nak Ajak Khabib Nurmagomedov Lepak Tapi Lain Pula Jadinya

Share

Sejak Khabib Nurmagomedov mempertahankan tali pinggang lightweight dalam perlawanan bersama Conor McGregor baru-baru ini, nampaknya ramai yang ingin mengenali dengan lebih rapat peninju UFC itu termasuklah pelakon, Aeril Zafrel.

Kisahnya, Aeril meninggalkan komen di laman Instagram Khabib mengenai hal ‘lepak’.

“Pergh tak ajak lepak,” komennya.

Namun, setelah ayat itu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, lain pula maksudnya iaitu ‘I don’t want to hang out’.

“Patut la Khabib tak ajak. rupanya bila dia translate memang aku tak nak,” kongsi Aeril di laman Twitternya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan entri Aeril itu.

Benar kata orang, ‘google translate’ ini tak boleh percaya sangat. Mungki Aeril dah boleh mula memasuki kelas bahasa Rusia kalau masih berhasrat untuk berkawan dengan Khabib lagi.

Foto/Instagram: Aeril Zafrel

IKLAN