Kongsi Video Mesra & Ceria Bersama Anak, Bella Astillah Anggap Ayden Kurniaan Dari Syurga Buatnya

Share

Selepas berita mengenai Aliff Aziz yang didakwa curang sekali lagi bersama seorang pelakon wanita dengan mengunjungi sebuah pusat hiburan selepas hampir seminggu insiden tersebut diperkatakan ramai, isterinya Bella Astillah ada berkongsi potongan video mesra bersama anak.

Video yang merakamkan aksi ceria antara ibu dan anak itu nyata menyentuh hati netizen.

Menerusi ruangan kapsyen, Bella menulis yabg membayangkan anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang sudah pun mendapat ratusan ribu tanda suka itu sebagai kurniaan dari syurga yang diberikan kepadanya.

He is truly heaven-sent,” tulis Bella pada entri video tersebut secara ringkas.

Lalu di ruangan komen, netizen memberi reaksi pelbagai dan turut sedih terhadap apa yang menimpa ibu muda ini.

Pada masa sama, ada juga yang turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Foto: Instagram Bella Astillah

IKLAN