
Pelakon Mas Khan menzahirkan rasa syukur apabila majlis resepsi keduanya bersama isteri, Anatasha Diana, yang berlangsung di Puncak Dhani, Genting Highland, minggu lalu berjalan dengan lancar dan meriah.
Menurut Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, dia kini bersedia memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami dan berazam untuk terus membahagiakan isteri dan keluarga.

“Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur dipertemukan dengan isteri saya. Paling saya lega apabila majlis kita malam ini berjalan dengan lancar.
“Cuaca di Genting Highland juga sangat baik. Saya memang berharap sangat agar tak hujan. Ramai yang datang termasuklah rakan selebriti seperti Datuk Aznil dan Diana Danielle.
“Mendirikan rumah tangga ini merupakan satu cabaran. Ini merupakan tanggungjawab terbesar saya sebagai suami,” katanya kepada MH.
Menariknya, majlis resepsi bertemakan ‘Crazy Rich Asians’ ini turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah buat para tetamu yang hadir.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah jam tangan berjenama, iPad, TV 65 inci, dan wang tunai RM5,000.

Makah Mas Khan berkongsi, dia berhabis hampir RM500,000 untuk menjayakan majlis penuh gilang-gemilang itu.
“Saya Suka Memberi”
Berkongsi lanjut, pelakon Abang Long Fadil 2 ini menjelaskan sesi cabutan bertuah itu sebagai satu cara peribadinya untuk berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.

“Tujuan saya buat sesi cabutan bertuah dan memberikan hadiah kepada para tetamu adalah kerana saya sangat suka memberi. Saya rasa ramai kawan-kawan dan ahli keluarga saya tahu.
“Saya tak tahu sama ada ini kelebihan atau kelemahan saya. Saya selalu fikirkan mengenai orang lain dahulu berbanding diri sendiri.
“Bila orang datang dan bagi kami hadiah, kita bagi semula hadiah kepada mereka. Yang tak menang tak mengapa. Janji kita cipta kenangan bersama,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata, isteri Mas Khan, Anatasha, menjawab mereka terbuka dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Kami terima apa sahaja rezeki yang dikurniakan Allah SWT lebih-lebih lagi berkaitan cahaya mata. Kami tidak merancang.
“Sama ada cepat atau lambat, kami terima sahaja. Kami tidak mahu terlalu merancang. Nanti kita yang kecewa,” katanya.
Imbas kembali, Mas Khan dan Anatasha selamat bernikah pada 25 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




