Kongsi Rezeki, Hos Anim Ezati Mahu Bantu 10 Orang Setiap Jumaat

Share

Kata orang, dalam kesemua rezeki yang dikurniakan kepada kita, terselit juga rezeki buat orang lain.

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak ganjaran yang akan  kita peroleh dikemudian hari.

Terbaru, pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati Rizki ada memasang hajat untuk berkongsi rezekinya.

Menurut Anim, bermula bulan ini, dia akan memilih satu Jumaat dalam setiap bulan untuk memberi sumbangan buat 10 individu yang memerlukan.

“Mulai bulan ni dan seterusnya (doakan sampai bila2 tau) Anim akan pilih 1 Jumaat dalam setiap bulan untuk bagi sumbangan kepada yang memerlukan.

“Ada 10 slot untuk setiap kali sumbangan dilakukan. Siapa yang rasa memerlukan sangat sumbangan ini atau kenal mereka yang memerlukan sila DM Anim ya.

“Sesiapa sahaja boleh dapat, nanti Anim akan pilih,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Anim lagi, sumbangan yang ingin diberikannya itu tidaklah banyak tetapi cukup jika ia digunakan sebaiknya.

“Sumbangan/sedekah ni tak banyak sangat untuk setiap individu.

“Tapi korang pandai-pandai la guna untuk kebaikan. Ok thank you,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan Anim itu selain turut mendoakan semoga dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Anim bersama suami kini sedang menghitung hari menanti kedahiran cahaya mata sulung merake yang dijadual akan dilahirkan pada September ini.

Sumber: Instagram Anim Ezati

IKLAN