Kongsi Foto Perut Kempis, Elizabeth Tan Mengaku Belum Lagi Berbadan Dua – “Saya Tak Pregnant.”

Share

Satu perkongsian foto daripada pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mencuri perhatian peminat.

Hadir ke program Muzik-Muzik bersama rakan duet, Hazama bagi mencalonkan lagu baru mereka berjudul Beku, Elizabeth yang mesra disapa Lizzy sekali lagi mengakui dirinya tidak hamil, sebagaimana telahan yang dibuat sesetengah warganet, baru-baru ini.

“Saya tak pregnant,” tulisnya ringkas disusuli emoji sebagai kapsyen pada hantaran terkininya di Instagram.

Perkongsian tersebut turut memberi ruang buat peminat untuk memberikan reaksi, termasuk ramai yang terhibur dengan pendedahan yang dibuat Lizzy.

Terdahulu, foto yang dimuat naik Lizzy atau nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei, 28, bersama pelakon drama Pi Mai Tang Tu

iaitu Angeline Tan ‘memancing’ mata warganet apabila ada mendakwa bentuk perutnya yang dilihat sedikit berisi seakan-akan seperti baby bump.

Lalu, Lizzy tampil menjawab persoalan mereka menerusi ruangan Instastory, mendedahkan dia belum berbadan dua sebagaimana yang disangka.

Lizzy sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga usahawan dikenali Siew Jim, 20 Mac lalu.

Pada awalnya pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka, namun berita tersebut tersebar dan dikongsi kenalan termasuk bapanya, David Tan Suan Chew melalui media sosial.

Menganggap hal perkahwinan adalah perkara peribadi, Elizabeth selepas itu tampil memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinan.

IKLAN