Filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda Indonesia, Satria Dewa: Gatotkaca bakal memasuki pawagam tempatan Julai ini selepas tayangan perdana di negara republik itu Khamis lalu.
Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman berkata, filem yang diangkat daripada siri kisah Gatotkaca ini merupakan karya segar dan berbeza terutama dari segi jalan cerita serta lakon layarnya.
“Filem ini menerima sambutan luar biasa di Indonesia dan saya yakin, peminat filem tempatan terutama mereka yang gemarkan filem adiwira serta aksi pasti tidak sabar menonton Satria Dewa Gatotkaca.
“Malah barisan pelakon yang ada antaranya Rizky Nazar dan pelakon Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian menjadikan naskhah Satria Dewa: Gatotkaca ditunggu-tunggu oleh semua.
“Kita rumpun yang sama. Berkongsi akar budaya, adat dan warisan. Kerana itu, cita rasa juga tidak jauh beza,” katanya.
Satria Dewa: Gatotkaca yang diterbitkan Satria Dewa Studio berkisarkan Yuda lakonan Rizky mencari pembunuh bersiri yang telah mengambil nyawa ibunya sendiri, Arimbi (lakonan Sigi Wimala) dengan bantuan rakan-rakannya.
Dalam pencarian tersebut, Yuda mula sedar dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan menggunakan kelebihan itu untuk melindungi orang-orang yang tersayang serta mencari dalang pembunuhan bersiri itu.
Tidak hanya di Malaysia, Satria Dewa Gatotkaca juga bakal ditayangkan di Amerika Utara apabila Well Go USA bertanggungjawab mengedarkan filem tersebut di situ.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doris Pfardrescher meluahkan rasa teruja dan gembira dengan kerjasama yang dijalinkan bagi memasarkan filem adiwira itu.
Sementara itu, Naib Presiden (Operasi) Satria Dewa Studio, Mochtar Sarman juga menyambut baik usaha dua syarikat pengedaran tersebut untuk menayangkan Satria Dewa: Gatotkaca.
“Mendapatkan apresiasi dari negara-negara luar sungguh luar biasa. Semoga melalui filem ini, adiwira Indonesia juga boleh ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu video tular memaparkan aksi seorang lelaki menyeksa seekor kucing baru-baru ini menyentak hati ramai pencinta kucing.
Dalam video tersebut kelihatan lelaki itu dengan sengaja melemparkan batu bata ke atas kepala kucing tersebut selepas diberikan makanan.
Rakaman video berkenaan bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang ramai, tetapi turut menarik perhatian selebriti yang kini bermastautin di Australia, Wardina Safiyyah.
Wardina meluahkan rasa sedihnya sekali gus mengecam tindakan golongan orang yang tidak berhati perut kerana menganiaya haiwan.
Tambah Wardina lagi menerusi Instagram Story miliknya, individu yang suka menyeksa haiwan perlu mendapatkan rawatan mental.
“Individu sebegitu betul-betul sakit. Saya tak boleh tahanlah dengan orang yang menganiaya kucing atau anjing. Jangan seksa haiwan.
“Nak ingatkan saja, buat baik pada binatang boleh masuk syurga, besar pahala.
“Kalau aniaya binatang? Masuk neraka menyiksa binatang sekian! Kita ini semua tidaklah baik sangat. Mungkin dengan jaga kucing dapatlah jalan masuk syurga,” tulisnya.
Dalam pada itu, lelaki yang dirakam dalam video tular berkenaan dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wardina Saffiyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meminati bidang nyanyian sejak kecil, pelakon, Hun Haqeem mendedahkan dia tidak pernah memadam hasratnya untuk memiliki single nyanyiannya sendiri.
Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Haqeem Hermy ini memaklumkan, dia kini mahu menumpukan terlebih dahulu fokusnya terhadap bidang lakonan.
“Untuk mempunyai lagu sendiri memang selalu ada dalam perancangan saya tapi sifat malu-malu kucing tu masih ada. Saya memang sangat suka dengan muzik. Sejak daripada kecil family saya dibesarkan dengan muzik.
“Saya memang teringin sangat nak keluarkan lagu sendiri tapi tengok dululah macam mana keadaannya.
“Buat masa sekarang, saya memang berikan fokus terhadap bidang lakonan. Saya mahu tingkatkan kredibiliti saya sebagai pelakon dahulu,” katanya kepada MH.
Hun Haqeem berkata sedemikian saat ditemui di majlis ulang tahun aplikasi hiburan tempatan, Sooka baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Sihir ini turut memaklumkan dirinya pernah dilamar oleh komposer-komposer ternama tanah air untuk menerbitkan single sendiri.
“Sebenarnya memang ada beberapa komposer yang pernah memberikan tawaran seperti Shazee dan Audi Mok. Apapun, kita kena tengok dulu macam mana perancangannya.
“Saya juga ada mencipta lagu saya sendiri dan pernah kongsikan kepada Abang Rashidi Ishak untuk bertanyakan pendapatnya. Katanya okay tapi tak tahulah kalau nak jaga hati
“Saya lebih gemarkan genre akustik berentak ballet dan pop. Saya dapat rasakan perjalanan untuk saya keluarkan lagu sendiri ini akan jadi sangat indah,” kongsinya lagi.
Enggan lagi berselindung, Hun Haqeem turut memberi tahu dia kini sedang menyiapkan single pertamanya dan berkemungkinan besar bakal bergandingan bersama kakaknya yang juga merupakan gitaris baru kumpulan Xpose Band, Nureem Qistina.
“Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah lagu saya itu akan siap tahun hadapan. Senang kata, saya dah ada demo. Itulah tahap seriusnya.
“Untuk keluarkan lagu bersama kakak saya, itu bergantung kepada keadaan. Sama ada kolaborasi kami dahulu atau lagu solo saya. Saya sendiri tak sangka kakak saya boleh menyanyi,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Hun Haqeem menjelaskan dirinya terbuka untuk menerima sebarang kritikan apabila lagunya diterbitkan nanti.
“Setakat ini, menyanyi akan hanya menjadi hobi tapi kalau karya itu diterima maybe kita boleh buat secara kerap. Menyanyi ini merupakan minat saya.
“Kalau karya itu sedap Alhamdulillah. Kalau sebaliknya kita akan belajar dari situ,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredi Foto: Instagram Hun Haqeem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...