Kontroversi melibatkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain berterusan apabila ada beberapa rakan artis masih berkongsi mengenainya.

Walaupun empunya diri sudah mengeluarkan permohonan maaf, namun ada beberapa selebriti yang meluahkan rasa kesal mereka.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad memuat naik satu foto ilustrasi di laman Twitter miliknya mengundang spekulasi apabila menunjukkan seorang wanita berkaca mata yang dihimpit oleh dua wanita bertubuh besar di tempat duduk.

IKLAN

“Aaaa…kesian nampak dia, patutlah dia marah. Hmmm..lain kali jangan mai teruih lah acik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.

IKLAN

“La ni, aku nak tahu hang berapa kilo? Confirm lebih 60KG aku berani ‘betting’ RM10 cash. Dia berat 63KG InsyaALLAH tepat ikut parabola kepala aku,” tulisnya lagi.

IKLAN

Amboih…marah betul abang ni. Mungkinkah Sharnaaz turut mewakili mereka yang terasa dengan kata-kata individu tersebut?

Apa-apapun, dia pun dah minta maaf kan? Kita maafkan sajalah, setiap orang kan tak lari daripada membuat kesilapan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI