Kongsi Foto Diri Menyerupai Wanita, Ramai Kata Sangat Cantik Macam Fatin Afeefa!

Share

Pelakon tampan, Nazim Othman ada berkongsi sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Apa yang mengejutkan, bintang pelakon berusia 34 tahun itu telah berkongsi foto dirinya yang seakan kelihatan seperti seorang wanita.

Malah, Nazim juga kelihatan mengenakan rambut palsu dan bersolek sakan.

“Eyes can’t lie, they speak right through one’s soul.” tulisnya.

Menjengah diruangan komen tersebut, rata-rata peminat berasa terhibur melihat perkongsian bekas suami kepada pelakon Bella Dally.

Dalam pada itu, ada juga segelintir peminat yang memberi komen bahawa wajah Nazim kelihatan hampir sama dengan pelakon Fatin Afeefa.

Nama artis wanita itu dikaitkan dengan Nazim memandangkan keduanya memang berkawan dan sering berkongsi video nyanyian secara bersama.

Alahai, ada-ada sahaja gelagat Nazim yang menghiburkan hati peminat. Patutlah peminat sayang. Betul tak?

Foto : Instagram Nazim Othman

IKLAN