Kongsi Foto Cuti Di Pulau Bali, Elisya Sandha Kelihatan Tampak Sangat Jelita!

Share

Pelakon, Elisya Sandha ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram dengan merakam momen percutiannya di Bali, Indonesia.

Difahamkan, ini merupakan kali ketiga bintang berusia 20 tahun itu bercuti di destinasi pelancongan terkenal dunia itu.

Di samping itu, peminat turut memberi pujian kepada bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu yang kelihatan semakin jelita dan menawan.

Untuk rekod, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya telah dilahirkan pada 8 Jun 1999 di Kuala Lumpur dan menceburi dalam dunia lakonan seawal usia 16 tahun.

Adik kepada aktres, Fasha Sandha ini juga kian mencuri perhatian dalam dunia lakonan tempatan, seiring barisan pelakon baru popular sedia ada.

Foto: Instagram Elisya Sandha

IKLAN