Kongsi Foto Batu Nisan, Ini Titipan Kata Fizo Omar Ingati Pemergian Bapa 8 Tahun Lalu Yang Sentuh Hati…

Share

Tanggal 5 Julai 2011, genap lapan tahun pemergian Allahyarham Hj. Wan Omar Wan Ishak iaitu bapa kepada pelakon Fizo Omar.

Lalu, Fizo ada menitip pesanan buat masyarakat di luar sana agar sentiasa menghargai insan yang bergelar bapa ketika mereka masih hidup.

“Al fatihah buat arwah ayah Hj. Wan Omar Bin Wan Ishak. Hari ni genap 8 tahun arwah tinggalkan kami semua.Dan sekitar waktu ini juga jam 9 lbh ayah menghembuskan nafas terakhir.

“Bila ayah dah xde, satu persatu kebaikan n jasa dia akn bermain di memori kita.sudah terlambat utk nak menghargai dan ucapan terima kasih.hanyalah doa anak2 amalan sedekah yg boleh dikirimkan ke atasnya.

“Kpd yg masih beribu bapa, hargailah mereka sebaik baiknya.pastikan tangisan anda di pusara nanti adalah bukan tangisan penyesalan.

“Sama2 kita sedekah al fatihah kpd arwah ayah sya dan kpd semua ahli keluarga dan sahabat kita yg telah pergi,” tulis Fizo disertakan dengan gambar batu nisan yang tertulis nama arwah bapanya. 

Lalu, netizen turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang  beriman.

Foto : Instagram Fizo Omar

IKLAN