Kongi Foto Bersama, Diva AA Sudah Berbaik Dengan DSV?

Share

Terbaru, pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Diva AA telah berkongsi foto bersama dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) serta anaknya, Cik B.

Difahamkan, kedua-dua figura terkenal ini telah menjalani satu pengambaran untuk sebuah televisyen swasta.

“ON GOING SHOOT

MANA BRO ?

FOR ASTRO RIA

SEEN

DIVA DSV

DIVA CIK B

DIVA AA

SHAH MUA

#SEEourLEVELLL,” tulisnya.


Lantas, perkongsian hos rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua itu telah menjadi perhatian netizen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen membuat spekulasi Diva AA dan DSV telah berbaik semula.

Terdahulu, keduanya pernah berdepan konflik sekitar Februari lalu.

Foto: Instagram Azwan Ali 

 

IKLAN