Bersempena pelancaran filem aksi komedi Klepet, syarikat produksi Respected Citizen menjalin kerjasama istimewa bersama Kadokawa Gempak Starz menerbitkan komik edisi terhad ‘Exclusive Box’ Under 18 x Klepet.
Kolaborasi ini dilancarkan secara rasmi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kadokawa Gempak Starz, Chris Yew, sebanyak 5,000 unit kotak eksklusif itu telah dikeluarkan.
Bagi peminat komik Under 18 yang tidak berpeluang memilikinya semasa PBAKL boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui platform media sosial rasmi mereka.
Chris menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu penghormatan kerana dapat membawa karya filem tempatan ke dalam medium komik.
Ini juga kerjasama pertama Gempak Starz bersama filem Melayu, selepas sebelum ini pernah menghasilkan komik untuk filem berbahasa Cina terbitan Astro.
“Idea ini sangat menarik dan kami berasa bertuah kerana dipilih oleh Respected Citizen.
Ads
“Kami melihat Klepet sangat serasi dengan konsep Under 18, jadi kami tidak teragak-agak untuk menjayakan projek ini.
“Harapan kami agar lebih banyak kerjasama seumpama ini dapat direalisasikan pada masa akan datang,” katanya.
Komik edisi khas ini dihasilkan oleh pelukis terkenal, Zint Lu, dan berfungsi sebagai prekuel kepada jalan cerita utama filem Klepet.
Meskipun kedua-duanya membawa naratif berbeza, komik dan filem ini menampilkan watak yang sama.
Ads
Bonus Tarikan Untuk Filem
Penerbit filem Klepet, Aeril Zafrel yang mewakili Respected Citizen pula optimis, kolaborasi ini dijangka mampu menambah tarikan terhadap filem yang bakal ditayangkan tahun ini.
“Under 18 x Klepet mempersembahkan naratif eksklusif yang lebih dramatik dan matang, selain menampilkan aksi hebat watak popular seperti Fox dan Jimi.
“Usaha ini membuktikan bahawa gabungan antara dua cabang seni filem dan komik berpotensi untuk mencapai khalayak yang lebih meluas,” katanya.
Ads
Turut hadir semasa pelancaran ialah Chris Yew; Zint Lu selaku pelukis komik; pengarah filem Klepet, Indra Putra serta pelakon utama Nadhir Nasar dan Aedy Ashraf.
Set edisi terhad ini dijual pada harga promosi RM99 semasa PBAKL, berbanding harga asal RM120. Ia merangkumi komik eksklusif, hoodie, pelekat koleksi dan lanyard istimewa.
Filem Klepet yang diarahkan Indra Putra (Sanji) mengisahkan tiga sahabat karib Pali, Jani dan Wadi yang sering menghabiskan masa dalam komuniti jalanan.
Kehidupan mereka berubah secara drastik selepas bertemu dengan seorang wanita Ukraine bernama Lola yang sedang melarikan diri daripada sindiket penipuan antarabangsa.
Pertemuan itu membawa mereka dalam satu pengembaraan yang sarat dengan aksi, humor dan konspirasi tak terjangka, menggambarkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat masa kini.
Rata-rata warganet memuji persembahan Amira Othman ketika menyampaikan lagu terbarunya, Dalam Sujudku semasa majlis pelancaran runut bunyi (OST) bagi drama Dia Bukan Syurga baru-baru ini.
Sedutan video persembahan itu yang tular di media sosial menerima pujian apabila kebanyakannya menyifatkan nyanyian Amira sebagai penuh emosi dan sampai ke jiwa.
Sekaligus, persembahan tersebut turut memberi gambaran jelas terhadap kekuatan mesej yang dibawa oleh lagu ini. Antaranya;
“Sedap sangat suara Amira atau Kak Long.”
“Suara Kak Long mendayu-dayu… MashaAllah, Tabarakallah.
“Menusuk ke jiwa lagu ni.”
Turut membuat persembahan pada acara sama ialah Hazama yang menyampaikan lagu Aku Bukan Narsisis, juga lagu tema bagi drama sama.
Dalam pada itu, selepas tampil dengan lagu bernuansa balada dan kerohanian, Amira kini hadir dengan Dalam Sujudku, sebuah balada syahdu yang menyelami keperitan jiwa seorang wanita dalam perjuangannya mencari kekuatan dan ketenangan hati.
Dicipta dan diterbitkan oleh Farouk Roman dengan lirik oleh Senna, lagu ini membawa pendengar menelusuri perjalanan emosi seorang insan yang terperangkap dalam hubungan toksik.
Namun masih menaruh harapan dan terus berdoa kepada Tuhan meskipun jiwanya semakin hilang.
Menariknya, lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema utama drama Dia Bukan Syurga, karya Rissa Ahdiya, yang kini bersiaran menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria sejak 19 Mei lalu.
Lagu ini mengiringi kisah Nuha, seorang isteri yang dikongkong dan didera secara emosi oleh suaminya, Tajul.
Drama Dia Bukan Syurga arahan Rashid Sibir dan terbitan Radius One Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman.
Ia mengisahkan perjalanan Nuha untuk bangkit semula setelah bertemu semula dengan cinta lamanya, Arham.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan dia sudah pun bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana ketika ini fokusnya adalah untuk membesarkan anak-anak.
“Astagfirullahalazim. Ketika ini fokus saya pada anak-anak dahulu. Kalau ada apa-apa, saya akan bagitahu nanti,” katanya kepada MH.
Sementara itu, ketika ditemui berasingan, Syed Saddiq turut senada dan memberikan respon yang sama seperti Bella.
“Apa yang Bella katakan, saya juga kekal dengan jawapan sama. Dalam hal ini, doakan sahaja yang terbaik,” katanya.
Bella dan Syed Saddiq ditemui ketika menjadi tetamu undangan di program Road Tour Skor A+ SPM 2025 anjuran pusat tusyen PTTI yang berlangsung di IDCC, Shah Alam pada Rabu.
Syed Saddiq turut menambah, mereka kini hanya mahu menerikan fokus terhadap kerjaya dan enggan terlalu berkongsi hal peribadi.
“Berkenaan hal masa hadapan dan isu peribadi, saya rasa lebih baik dikekalkan dalam skop keluarga supaya kami berdua dapat fokus dalam kerjaya masing-masing.
“Perkara peribadi biar kekal begitu. Kita juga ada tanggungjawab masing-masing,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, nama Syed Saddiq dan Bella Astill kerap kali menjadi perhati apabila mereka sering berkongsi momen-momen mesra bersama di media sosial.
Malah, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan Syed Saddiq dan Bella sudah bertunang.
Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih belum mendedahkan status sebenarnya mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SAH Entertainment mencipta sejarah tersendiri apabila bakal menganjurkan konsert artis K-pop buat pertama kali menerusi D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore.
Ia dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos 2025, jam 8 malam, bertempat di Arena @ Expo, Singapura.
Konsert ini menampilkan Daesung, salah seorang ahli kumpulan legenda K-pop Big Bang, yang bakal menghiburkan ribuan peminat dengan rangkaian lagu-lagu hit sepanjang kariernya sebagai sebahagian daripada siri jelajah Asia Tenggaranya bagi tahun ini.
Menurut Sufi Rashid selaku Pengarah Urusan SAH Entertainment, pihaknya komited untuk memastikan harga tiket yang ditawarkan adalah berpatutan bagi peminat yang sudah lama menantikan peluang menyaksikan idola mereka secara langsung.
“Untuk konsert Daesung kali ini, pihak penganjur bersetuju untuk memberikan harga yang berpatutan buat para peminat yang dah lama nak saksikan penyanyi itu depan mata mereka.
“Istimewanya kali ini, bukan sahaja pada harga tiket malah kami ada menyediakan faedah seperti sesi Meet And Greet bersama Daesung,” katanya.
Dalam pada itu, Sufi turut menyifatkan momen ini sebagai detik bersejarah buat syarikatnya kerana ia adalah penganjuran konsert K-pop sulung oleh SAH Entertainment.
Sufi juga berkongsi perancangan masa depan untuk membawa lebih ramai artis Korea ke rantau ini.
“Ini konsert artis K-pop pertama yang kita buat, lagi pula siapa tidak kenal Daesung yang juga salah seorang ahli kumpulan Big Bang.
“Jadi tidak salah untuk kami mencuba anjurkan artis K-pop dan mungkin buat perancangan masa depan akan ada lebih banyak lagi insya-Allah,” jelasnya lagi.
Berkongsi soal harapannya pula, besar impian Sufi semoga para peminat akan pulang dengan hati gembira dan kenangan manis sejurus menonton konsert mega itu nanti.
“Saya cuma berharap peminat-peminat yang hadir nanti bergembira dan berseronok sahaja ketika menyaksikan Daesung menyanyi dan hiburkan mereka.
“Saya juga yakin konsert itu nanti akan berikan mereka satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.
Harga tiket bermula daripada SGD288 bagi tempat duduk VIP, SGD238 (Diamond) dan SGD208 (Platinum).
Tiket akan mula dijual pada 23 Jun melalui platform SISTIC dan peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket lebih awal susulan jangkaan permintaan yang tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...