“Ko Tak Suka Sudah…”- Tegas Azza Elite!

Share

Pelakon dan penyanyi, Azza Elite ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari ada berkongsi mengenai sayur kegemaran bersama peminatnya.

Kongsi Azza, dia amat mengemari dan menyukai memakan sayur petai.

“Nikmat mkn nasi lemak. Balik rebus petai..peghh.. Petai ni nikmat..Ko x suka sudeghh. Aku suka..Eleh. Eleh. Hek eleh..”

“Sakit gigi..Ada ubat..Tadi dr tu bg..Korang kalau mkn petai..baru tau apa itu nikmat kehidupanggg,” tulisnya.

Di samping itu, pelakon yang berusia 40 tahun itu turut memberitahu yang dia kini sedang mengalami sakit gigi.

Dalam pada itu, peminat turut berasa ‘terliur’ apabila melihat perkongsian bintang Gegar Vaganza musim kelima itu.

Foto : Instagram Azza Elite

IKLAN