“Ko Tak Ghoti Nak Duduk Boto Boto Ke Wook,” – PU Azman Komen Loghat Negeri Sembilan Pada Pelakon Korea Selatan. Lucu Sampai Jadi Viral!

Share

Pendakwah bebas, PU Azman sememangnya dikenali sebagai seorang yang bersahaja dan lucu orangnya.

Malah, dia seringkali mengundang tawa orang yang mengikuti dakwahnya baik secara live ataupun di media sosial.

Kisahnya terbaru, dia baru-baru ini meninggalkan komen di Instagram pelakon Korea Selatan, Lee Dong-wook.

Apa yang menarik perhatian adalah dia menulis komen tersebut dalam bahasa loghat negeri sembilan.

Ternyata netizen turut perasan akan hal itu dan terhibur dengan gelagat PU Azman itu.

Sebelum ini, ada netizen mengatakan bahawa wajah PU Azman ada iras-iras pelakon drama Goblin itu. Mungkin disebabkan itulah dia berbuat demikian

Apa-apapun, MH terhibur dengan komen-komen PU Azman itu.

Foto/Instagram: PU Azman

IKLAN