“Ko Ada Ke BFF Cantik?”- Azza Bangga Kawan Dengan Che Ta, ‘Payung’ Kisah Zaman Modeling Dulu

Share

Penyanyi, Azza Elite ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari itu telah berkongsi foto bersama rakan pelakon, Rozita Che Wan.

Di samping itu, Azza juga telah mengimbau kembali kenangan ketika dia dan Che Ta di zaman kegemilangan dunia peragaan.

“#Repost @rozitachewan1with @get_repost My bff yang paling kelakar @azzazawari . tedia lawa bak ang bff kami @rozitachewan1 ko ada ke bff chantikk?? wek wek x da diam dari

“zaman @andrewsmodelsmalaysia we both from andrew. tp i model kiki lala ok bai yg penting muka i pun ada terpampang kt opis andrew .. yg lain x da wekkk wekk masa tu me kurus ..”tulisnya.

Dalam pada itu, peminat juga memberi pujian kepada pasangan pelakon yang kelihatan sangat cantik dan ayu.

Untuk rekod, Azza seorang penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah manakala Che Ta pula berasal daripada Alor Star, Kedah.

Foto : Instagram Azza Elite

IKLAN