“Know Know Got Fiance,” – Kongsi Foto Cincin ‘Ada Makna’, Sharifah Amani Selamat Bertunang

Share

Pelakon Syarifah Amani selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama jejaka pilihan hati pada Ahad.

Menurut Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37, dia bersyukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar mengikut kehendaknya.

“Tahu-tahu dah bertunang. Syukur Alhamdulillah. Selangkah semakin hampir. Sampai bila-bila,” tulisnya ringkas.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gubra itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Amani turut berkongsi foto cincin pertunangannya yang disarung pada jari manisnya.

Bagaimanapun, anak kepada pelakon senior, Fatimah Abu Bakar ini masih lagi belum mendedahkan gerangan tunangnya itu.

Perkhabaran ini nyata mengundang rasa teruja di hati ramai pihak lebih-lebih lagi dari kalangan rakan selebriti.

Malah, penyanyi Naim Daniel turut menyatakan hasratnya untuk mengadakan persembahan istimewa di majlis perkahwinan Amani.

“Nak nyanyi nanti untuk awak dan Encik Laju,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan agar urusan Amani dan tunangnya ke jinjang pelamin akan sentiasa dipermudahkan.

“MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dalam membina masjid bersama,” komen pelakon, Lisa Surihani.

“Wah, tahniah adik. Seronok kami mendengarnya,” kata pengarah, Budak Ijat.

“Alhamdulillah, syukur. Moga dipermudahkan,” kata pelakon, Betty Rahmat.

“Akhirnya, terima kasih Allah kerana membukakan hati puteriku,” balas pelakon dan pengarah, Erma Fatima.

“Alhamdulillah, Tahniah. Sangat gembira untuk kamu berdua,” reaksi pelakon, Vanida Imran.

Setakat ini, posting berkenaan telah pun meraih lebih 11,000 tanda suka di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Amani

IKLAN