Uncategorized

KJ Berjaya Sejukkan Hati Para Gadis Indonesia

Share

Jika di Malaysia ramai gadis-gadis yang tergila-gilakan Pengiran Mateen, lain pula halnya di Indonesia.

Dalam kekecohan yang berlaku, ramai gadis-gadis tempatan di sana tidak boleh duduk diam kerana aura Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ.

Terkenal dengan gelaran ‘tall, dark and handsome’ KJ terus dipuji dan dikatakan telah menyejukkan hati rakyat Indonesia terutamanya kaum wanita.

Bukan itu sahaja, malah ada di antara mereka yang tidak berhenti memuji dan menyokong KJ dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan kerana ketampanan dan penampilan yang fit bersesuaian dengan jawatan tersebut.

Popular dengan gelaran ‘Abah’ di twitter dan sering menggelarkan diri dengan panggilan tersebut membuatkan ramai pengguna sosial media mula mengikutinya di laman Twitter.

Malah mereka turut membandingkan menteri sukan mereka bersama KJ dan menyeru semua rakyat Indonesia untuk mengikuti KJ di twitter.

Netizen Indonesia turut memuji fizikal KJ yang tegap dan sihat dan menyeru semua jejaka di Indonesia untuk aktif bersukan agar dapat kelihatan seperti KJ.

Semua ini bermula apabila KJ tampil ke hadapan meminta maaf pada Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi mengenai kesilapan mencetak bendera Indonesia secara terbalik.

Bagi MH Online memang benar, sukar untuk kita menafikan kekacakan dan aura KJ. Lepas ni jangan terkejut jika ramai pula rakyat Indonesia yang memanggilnya ‘abah’. Hehehe…

IKLAN