Kiyai Haji Arifin Ilham Meninggal Dunia, Ceramah Terakhir Berkait Fasal Maut Dan Sedekah

Share

Menerusi Instagram Imam Muda Asyraf, dikhabarkan penceramah terkenal Indonesia, Kiyai Haji Arifin Ilham telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. .

“Mendapat khabar perginya Almarhum Kiyai Haji Arifin Ilham dari paparan Instagram anaknya @alvin_411 sebentar tadi… semoga Allah menempatkan beliau bersama para solihin. Dikurniakan kebahagian di syurga buat selamanya.

“Khabarnya jenazah beliau kini berada di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Saya sendiri belum pasti hospital yang mana satu. Cuma, sekiranya sahabat dari Pulau Pinang yg berkesempatan bolehlah merisik2 khabar proses pengurusan jenazah semoga kita dr Malaysia dapat memberi penghormatan terakhir buat almarhum. .

“Sesiapa yang mempunyai maklumat detail dan terkini bolehlah berkongsi pada kami.”

Menjenguk kepada Instagram anaknya, Muhammad Alvin Faiz, jenazah akan dibawa pulang ke Indonesia secepat mungkin dan akan dikebumikan di Azzikra Gunung Sindur Bogor.

Innalillahiwainnailaihirojiun

“Telah wafat Abi kami tercinta Abi @kh_m_arifin_ilham .

“Semoga Allah terima amal ibadahnya, diampuni semua dosanya, dimasukkan ke surganya Allah swt, aamiin.

“InsyaAllah secepatnya Abi dipulangkan dari malaysia dan dimakamkan di pesantren Azzikra gunung sindur bogor. Sekiranya jika ada salah kata atau perbuatan dari abi, mohon dibuka permintaan maaf sebesar besarnya. Ya Allah, jika ini yang terbaik, kami ikhlas ya Allah, kami ridho ya Allah.”

Melihat di laman sosial arwah, dikongsikan peringatan mengenai pentingnya sedekah dalam menghadapi sakaratul maut. Semoga menjadi panduan buat kita bersama.

Al-Fatihah.

Foto : Instagram Imam Muda Asyraf, Muhammad Alvin Faiz & Kiyai Haji Arifin Ilham

IKLAN