Pelakon, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berharap hubungan baik bersama pelakon Abby Abadi sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
Meski bergelar bekas isteri kepada suaminya, Norman Hakim, Memey memberitahu amat menyayangi Abby seperti keluarga.
“Hai org sebelah..Kita syg awak tau @abby_abadi112 semoga ukhwah ni sentiasa dlm lindungan Allah..Semoga yg terbaik utk kita semua & anak
“Ps: mummy mama sebenarnya berangan nak bawa anak holiday klu pkpb habis.. jadi ni mummy berangan dulu rasa2 dapat tak bln 12 ni? Bawal baru @normey.hq,” tulisnya.
Ads
Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.
Ads
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.
Ads
Sebelum itu, Norman pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Abby Abadi pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Pelakon versatil Izreen Azminda atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkongsi momen saat meraikan hari ulang tahun kelahiran anak tirinya, Arish Muqri, 6 tahun.
Turut disertai ahli keluarga lainnya, perkongsian pelakon ini nyata menerima reaksi positif wargamaya.
“Selamat Hari Jadi yg ke-6 Arish Muqri Muhammad Radzi.. Kita sambut awal sehari,” tulisnya.
Mendoakan agar hubungan mereka kekal harmoni sampai bila-bila, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Arish.
Terdahulu, Izreen dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 5 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara Ude turut memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Liana Salleh.
Gambar: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kerana merotan anak lelakinya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 September lalu.
Bagaimanapun, Armin memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi atas sabitan dan hukuman bagi kesalahan itu pada tarikh yang sama hukuman dijatuhkan.
Memetik Berita Harian, peguam yang mewakili Armin berkata rayuan itu sepatutnya ditetapkan pada 4 Nov lalu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar namun ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Lalu, mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 19 November hadapan.
Sebelum ini, Armin telah dijatuhkan hukuman oleh mahkhamah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur sembilan tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara jam 8 hingga 10.30 malam 24 Februari 2018.
Sekadar informasi, Armin yang merupakan bekas ketua pramugara itu ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Ziana dan Armin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas penampilan ketika malam Anugerah Bintang Popular 33 (ABP33) menerima reaksi pelbagai netizen, bapa kepada penyanyi, Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaff ada memberikan reaksinya berhubung perkara berkenaan.
Menurut Kamil, dia enggan mengambil peduli mengenai perkara tersebut kerana sebagai bapa dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anaknya itu.
“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH2020. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.
“Biarlah org kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku sorang bapa yang hanya melakukan tangungjawab supaya anak aku meraih kejayaan.
“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Kamil menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Kamil turut mendedahkan busana tersebut telah disiapkan sendiri olehnya dari awal hingga ke akhir.
“Dari awalnya, aku sendirilah yang berusha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan dibaju. Entah berapa ribu kali jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukan terang sangat pun. Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya,” tulisnya.
“Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya. Aku ni bukan proffesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku sehabis baik mungkin.
“Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mau berada sama tuk memastikan she looks good dimata aku. Sekurangnya dia berada didalam keadaan sopan dan tertib, sampai kekadang aku lupa aku ni bertongkat kesana kemari,” kongsinya lagu.
Sementara itu, Kamil turut meluahkan rasa bangga melihat tranformasi anaknya itu sejak dari awal kemunculan sehinggalah ke tahap sekarang.
“Aku bangga dengan anak aku sorang ni, setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya, “ayahanda, kakak ok ke?” Itu sudah puas bagi aku yg dia menunjukkan aprisiasinya.
“Aku bentuk dia smpai kehari ini, sikit demi sikit smpailah dia jadi siapa diri dia le ni. Tnpa mengharapkan belas ikhsan siapa-siapa. Baik buruk aku telan sebab dia darah daging aku.
“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah je yg tahu. Jutaan terima kasih aku nk ucapkan pada yang penyokong tegar anak aku ni, terus lah menyokong ya tanpa berbelah bagi.
“Dan terima kasih juga pada yang menghentam, menghina dan mencerca kerana kekalkan kami tuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata. Wallahualam,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut melontarkan pujian terhadap busana yang direka oleh Kamil itu.
Sumber: Instagram AliffLayla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.