Ads

“Kita Pernah Dibawah, Sekarang Pun Sama,” Ucapan Atu Zero Buat Abangnya, Sempena Hari Jadi Ke-30, Undang Rasa Sebak Ramai

Kumpulan pelawak, Zero sinonim dengan lawaknya yang ‘gila-gila’ dan dialek yang digunakan sering membuatkan ramai ketawa.

Malah gelagat mereka juga memang buat ramai terhibur.

Dalam pada itu, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Mohd Syaiful Doli Shari atau lebih dikenali sebagai Syaiful telah menyambut ulang tahun hari jadinya ke-30, semalam.

Lantas, ia telah dikongsikan adiknya, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif yang melihatkan gambar throwback mereka bersama ibunya beserta kapsyen berunsur kesedaran.

Ads

“Salam semua .. Alhamdulilah 
Kita pernah dibawah,sekarang pun tetap masih dibawah,tidak ada namanya manusia hamba diATAS, melainkan Dia Allah SWT 
Selamat ulang tahun,” tulisnya. 

Menjengah di Instagram Syarif (adik) pula, dia turut mengucapkan hari jadi kepada abangnya itu.

Ads

“Selamat hari lahir abg kami @syaiful_zero semoga kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan nya #pantangmundurkecualioperasi ,” tulis Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif. 

Ads

Dalam perkembangan lain, kumpulan Zero antara peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang sentiasa mendapat undian teratas (TOP 5).

Apa-apa pun, selamat hari jadi Syaiful and all the best!

Foto : Instagram Kumpulan Zero

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan...

Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya
error: Hello. Cannot.