Baru-baru ini, MH berkesempatan bertemu Forteen untuk bertanyakan mengenai perkembangan terkini mengenai kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu itu.
Kongsi kumpulan yang dianggotai oleh One, Ameerais Azhar dan Ariz Lufiaz berkata mereka tidak merancang untuk menambah ahli kumpulan mereka.
“Ini merupakan sesuatu yang baru juga buat kami. Walau macam mana pun saya rasa semua dah tahu kita dah move on, dah berbaik semula. Tapi macam mana pun, Forteen harus diteruskan juga walaupun kami bertiga.”
Ads
“Buat masa sekarang ni memang kita orang rasa dah terbiasa bertiga hampir 8 tahun jadi kita orang memang tak ada nak tambah ahli ke atau apa.”
Ads
“Tapi mungkin akan ada featuring dengan artis-artis lain in future,”kongsi Forteen.
Ads
Dalam perkembangan lain, Fourteen kini telah melancarkan lagu single terbaru berjudul Diam Saja pada bulan lalu. Menurut Fourteen, lagu single terbaru ini merupakan buah tangan buat peminat Fourteen setelah hampir 2 tahun kumpulan ini menyepi.
Pelakon Shakilla Khoriri kini sedang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan zuriat pertamanya, Ameena Sofia, 14 Mac lalu.
Lantas, Shakilla ada memuat naik foto terkininya bersama Ameena baru-baru ini.
“Pagi tadi minta Fizi ambil kan gambar Ameena dengan i. Saja buat kenang-kenangan masa besarkan Ameena dengan keadaan badan yang banyak rosak sana sini yang kena repair.
”Satu hari nanti mesti akan jadi kenangan atau COP second hand sebab dah pernah jadi isteri dan pernah beranak. Tak boleh tipu.
”Tanda dia akan ada dan sentiasa ada pada badan seorang EMAK walaupun kau pi buat apa2 treatment kecuali kau bedah dan leser satu badan lah tapi still akan tahu yang kita second hand.
“Malu? Buat apa nak malu. Kalau nak malu, emak2 kita pun malu lah lahirkan kita?, tulis Shakilla.
Mendendangkan lagu nyanyian Irwansyah berjudul Camelia versi akustik, nyanyian Fad Bocey harus dipuji dan sedap di halwa telinga.
Namun yang menjadi kelakarnya, mata sukar beri tumpuan gara-gara wanita bertopi di belakang yang menganggu pandangan.
Ada sahaja aksi dilakukan, malah kain yang sepatutnya dilipat, asyik dikibas beberapa kali.
“Lagu wajib karok zaman sekolah,spe suke lagu ni????mohon maaf kan auntie belakang sy tu,dia tengah cari surat kabar lama dan barang terpakai,tu topi aku semua dia saukkk”
Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan gitaris Kristal,Rody dan isteri,Niena Azman yang pertama.
Dalam pada itu,Rody sempat berkongsi detik permulaan bertemu keluarga Niena.
“Yeayy! Happy anniversary! Ramai kata aku buat kerja gila.. naik flight jumpa bapa gf.. nak minta izin.. selamba lah g sorang jer.. dah suka anak org,kenala minta izin ibubapa die dulu kan..
“Dia kata abah garang.. takutnya.. tp aku kata xpe.. muka i suci la.. ???
“Ok pagi2 sampai.. die bawa g jumpa abah dan mama die.. walaupun aku debar,tp wat rileks.. chill.. btol.. dari jauh tgk muka abah die.. garang.. fuhh.. borak2.. xkan ni aku nk cite.. panjang la nak type! Haha..
“Balik rumah drg.. borak2.. dgn adik2 die.. along die.. semua ok klako.. sampaila aku nak balik.. abah die kata.. kira jd lah ni! ?..
“Terus aku ckp bulan 10 sy bawa famili dtg merisik.. bapa mertua kata ok boleh.. tuptap2.. aku fikir bertunang lah dulu,” tulis Rody atau nama penuhnya Mohd Rodi Baharudin.
Dipilih sebagai duta bagi sebuah jenama baju raya terkenal, pempengaruh Mdno berharap orang ramai tidak keliru dengan nasihat-nasihat yang sering dikongsikan di media sosial, khususnya berkaitan pengurusan kewangan.