
Pempengaruh Dr. Che Hafiz menepis dakwaan yang mendakwa rumah tangganya bersama isteri yang juga pelakon, Julia Farhana Marin kini sedang bergolak.
Menurut Che Hafiz, hubungannya bersama isteri sebenarnya berada dalam keadaan baik selain tidak menolak ujian di antara suami isteri merupakan asam garam di dalam perkahwinan.

“Apa yang boleh saya katakan, saya pun tak pasti bagaimana timbul spekulasi dan cerita sebegini. Saya dan Julia baik-baik sahaja, tiada sebarang masalah dan isu.
“Biasalah, di dalam rumah tangga ini, pasti ada pasang surutnya. Pada saya, itu normal. Mana ada pasangan rumah tangga yang tiada ujian,” katanya kepada MH.
Che Hafiz berkata sedemikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran All Star Influencer Award (ASIA) di Studio 38, Petaling Jaya pada Sabtu.
Fasa Bertenang, Tak Boleh Tutup Mulut Orang
Dalam masa sama, Che Hafiz turut menyangkal dakwaan mereka beraya berasingan. Sebaliknya hanya tidak berkongsi foto beraya bersama.

“Saya memohon anda semua untuk doakan yang terbaik. Kami ada sahaja beraya bersama cuma kami tidak memuat naik gambar bersama.
“Selebihnya saya memilih untuk komen lebih lanjut. Kami menjalani rutin dan bekerja seperti biasa,” ujarnya lagi.
Tambahnya juga, dia dan isteri lebih selesa mengharungi fasa ini dengan lebih bertenang.

“Bila timbul spekulasi seperti ini, kita memang perlukan waktu bertenang. Pada masa sama, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Begitulah lumrah kehidupan.
“Saya pun tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Ditanya bagaimana penerimaan dia dan isteri mengenai spekulasi berkaitan rumah tangga ini, Che Hafiz memaklumkan mereka melihatnya dari sudut pandang positif.

“Dalam situasi seperti ini, memang ada dan pro dan kontranya. Kalau nak kata kami ketawa dengan spekulasi seperti ini, ia seakan kita meremehkan pula.
“Kami ambil perkara ini secara positif. Sebagai contoh, kalau saya ambil gambar tanpa ibu, nanti orang tanya ibu sudah meninggal ke?
“Saya pernah berhadapan situasi seperti itu. Yang penting, kami baik-baik sahaja,” akhirinya.
Sekadar informasi, Che Hafiz dan Julia mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2022.
Sebelum ini, ada netizen yang mula membuat teka-teki mengenai situasi rumah tangga mereka apabila masing-masing dikatakan tidak memuat naik foto bersama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




