Seperti yang diketahui umum, kes positif Covid-19 kini dilaporkan kembali meningkat selepas kes harian mencatatkan lebih daripada 3,000 kes, sejak semalam.
Menerusi laman media sosial rasmi Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu negara hari ini dilaporkan telah mencatatkan 3,332 kes positif Covid-19.
“Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes Pecahan setiap negeri: Selangor : 1,083 kes Sabah : 131 kes Johor : 207 kes WP KL : 359 kes Sarawak : 522 kes,” tulisnya.
Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes
Pecahan setiap negeri: Selangor : 1,083 kes Sabah : 131 kes Johor : 207 kes WP KL : 359 kes Sarawak : 522 kes. 1/2
Pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor ada meluahkan rasa kegusaran serta kerisauan berhubung perkara tersebut.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang sinonim dengan lagu Terlalu Istimewa ini bimbang sekiranya pihak kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes positif Covid-19 kian meningkat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga meluahkan rasa bimbang mengenai perkara tersebut dan mengharapkan agar orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Ads
Foto: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui dia hampir mengalami keguguran kerana berdepan tekanan kerja.
Malah dia pada masa sama, kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin dirinya dan suami, Nabil Mahir sebelum ini.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan ketika usia kehamilan mencecah dua bulan.
“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual kerja sebaik disahkan hamil.
“Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh yang singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,”katanya.
Menyentuh mengenai kehamilan, Ayda mengakui berdepan alahan yang teruk selain belum bersedia untuk mengumumkan jantina anak sulungnya.
“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada Oktober depan. Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.
“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, saluran TV AlHijrah bakal menyajikan pelbagai program menarik khusus buat penonton.
Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, tahun ini pihaknya mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal Terakhir bagi mengajak para penonton menghayati Ramadan dan Syawal sepanjang tempoh dua bulan mendatang.
“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.
“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” jelasnya.
Tambah Hussamuddin lagi, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir turut didokong tiga inisiatif utama stesen.
Pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baru dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem.
Bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.
“Saya menyeru agar semua yang hadir pada hari ini untuk sama-sama menyampaikan pesanan pada kaum keluarga dan sahabat handai agar terus menonton program Ramadan dan Syawal 1442H TV AlHijrah.
“Sama-sama kita jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan nombor satu seisi keluarga serta ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak andainya ini adalah Ramadan dan Syawal terakhir kita semua,” katanya lagi.
Antara program-program menarik sempena Ramadan di TV AlHijrah termasuk Haflah yang disiarkan setiap Khamis & Jumaat, pukul 10 malam, Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu pukul 11.30 pagi – bermula 12 April) dan CAMCA Edisi Ramadan (10 dan 12 April pukul 6.30 petang).
Manakala program Ihya Ramadan pula akan bersiaran bermula 13 April depan setiap Isnin hingga Ahad, jam 7.00 petang serta E-Kaunter Netizen (Ahad pukul 7.30 malam – bermula 18 April).
Tidak hanya itu, AlHijrah juga menyajikan program lain seperti Hijrah Berselawat, Drama Andai Ini Ramadan, Sebuah Kehidupan, Ittabiouni, Al-Farabi dan My #HadithTime yang telah pun disiarkan sejak 1 April lalu.
Bagi program menarik sempena Syawal pula adalah Camca Edisi Syawal yang akan bersiaran pada 13 Mei pukul 6.30 petang, Hijrah Berselawat (12 Mei pukul 9.00 malam), Tau Tau Dah Raya (12 Mei pukul 10.00 malam), Raya, Raya Juga (13 Mei pukul 9.00 malam), Bioskop Hijrah – Hafalan Shalat Delisa (13 Mei pukul 10.00 malam), Haflah Istimewa Syawal (14 Mei pukul 9.00 malam) dan Bioskop Hijrah – Wanita Berkalung Sarban (14 Mei pukul 10 malam).
Lebih menarik, TV AlHijrah bakal menyiarkan telefilem berjudul Bebenang PKP Anis yang mengisahkan kehadiran wabak Covid-19 membawa hikmah yang amat besar buat Anis Kemboja.
Telefilem ini dibintangi oleh Lisdawati dan Syafie Naswip bakal ditayangkan pada 15 Mei jam 9 malam.
Selain itu, telefilem Bapa Posa Anak Raya (16 Mei pukul 9.00 malam), Gema Haflah Istimewa Syawal (22 Mei pukul 9.00 malam) dan Dokumentari Sudirman Chow Kit Road (16 Mei pukul 6.00 petang) juga menjadi antara sajian yang perlu ditonton sepanjang Syawal.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Reem Shahwa berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 25 April yang lalu.
Menurut Reem, hatinya sebelum ini tidak pernah merasai kegembiraan seperti ini saat dikurniakan cahaya mata pertama.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh pengacara yang sinonim dengan racangan berkaitan bola sepak terbitan Stadium Astro itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Dikesempatan itu juga, Reem turut mendedahkan dia dan suami telah pun sepakat untuk menamakan anak lelaki mereka itu, Leo Idris Mowson.
Malah, Reem juga turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga dia dan suami dapat menjadi ibu bapa yang baik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa teruja selain turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan buat Reem sekeluarga.
Terdahulu, Reem dan suaminya, Jake Mowson telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 4 Julai tahun lalu.
Sumber: Instagram Reem Shahwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.