“Kita Ketemu Lagi Di Syurga,” – Abang Aznil Nawawi Meninggal Dunia. Al Fatihah.

Share

Datuk Haji Aznil menerusi entri terbaru membawa perkhabaran duka apabila abangnya, Azharnim bin Haji Nawawi telah meninggal dunia.

Dipetik dari Astro Awani, Azharnim Nawawi menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser sekitar pukul 9.20 malam semalam.

Allahyarham Azharnim meninggal dunia hampir sebulan selepas pemergian Azmir Nawawi pada 19 Ogos lalu.

AlFatihah
Seorang lagi Kekanda menjadi pilihan Allah untuk bersamanya. Terima kasih Allah pinjamkan kekanda ku Azharnim Bin Haji Nawawi kepada kami. Semoga Allah kumpulkan kami semua adik beradik dan ibuayah kami di Syurga Firdausi nanti. Selamat jalan abangku ke dunia abadi. Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sehingga kita ketemu lagi di Syurga nanti ya abg ku Allahyarham Azharnim Bin Nawawi (23 Dis 1957 – 17 Sept 2019)


AlFatihah,” tulisnya.

Takziah buat Aznil dan keluarga.

Foto : Instagram Aznil Nawawi

IKLAN