“Kita Hidup Tak Lama, Sehari Ada 24 Jam Je…,” – Fizi Ali

Share

Penyampai radio, Fizi Ali ada memberi kata nasihat kepada orang ramai yang sedang menghadapi pelbagai masalah supaya untuk tidak membazir masa untuk perkara yang menyakitkan.

Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin memberitahu setiap masalah yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.

“relax laaa..setiap masalah ada jalan keluar kan…kalau rasa tak boleh ikut jalan tu cuba jalan lain..kalau jalan lain xboleh jugak boleh cuba cara lain..macam2 cara ada..

“kita hidup tak lama..sehari kita ada 24jam je..jangan la bazirkan untuk benda2 yang menyakitkan..baik cari kebahagiaan..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa setuju dengan perkongsian penyampai radio berusia 33 tahun itu.

“Love the word…..,” tulis peminat.

“Betul. Baru la bleh kekal hensem n cantik kan,” tulis lagi seorang netizen.

“semoga bertemu jodoh yg boleh jaga fizi ali , hidup ni sementara.. kita berhak memilih kebahagian,” titip peminat.

Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia pada 14 Mac 2019.

Bagaimanapun, pasangan ini disahkan telah bercerai pada 15 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram Fizi Ali

IKLAN