Setelah lama berdiam diri, akhirnya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil membuat kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil.

Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah memohon agar orang ramai berhenti untuk membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung perkara tersebut.

“Kita harus menghormati pihak berkuasa dan memberikan mereka ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

“Selain itu, kita juga harus memberikan sedikit ruang buat keluarga Farid untuk menyelesaikan perkara ini.

“Seniman sedia membantu pihak Farid dari pelbagai aspek termasuk khidmat kaunseling dan sekiranya kami diminta berbuat demikian dan ia bergantung kepada kemampuan Seniman sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kes Farid Kamil sememangnya menggemparkan negara minggu lalu apabila aktor tersebut ditahan kerana melakukan keganasan terhadap orang awam, menampar seorang anggota polis dan dua lagi pertuduhan lain.

IKLAN

‘Kita Harus Menghormati Pihak Berkuasa’ – Ini Respon Persatuan Seniman Malaysia

IKLAN

Tahanan reman Farid turut dilanjutkan sehari lagi bagi membantu siasatan. Dia ketika ditemui di luar mahkamah hari ini kelihatan ceria dan tersenyum.

IKLAN

Terdahulu Farid telah ke balai polis kononnya untuk melaporkan sebuah kes kemalangan, namun secara tiba-tiba farid telah menunjuk whatsapp kepada pegawai yang memaparkan artikel mengenai 300 nama pelakong yang meminjam ahlong, secara tiba-tiba Farid bertindak agressif dan menampar pegawai yang bertugas.

Kes Farid menimbulkan pelbagai reaksi dan respon daripada netizen. Rata-rata mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI