Istimewa sempena sambutan Syawal tahun ini, Neelofa bakal kembali mengendalikan program hiburan, Meletop di samping Nabil Ahmad.
Perkara itu disahkan Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal.
Emma menerusi sidang media secara virtual bersama media pada Rabu menjelaskan, penampilan bintang itu adalah bagi memeriahkan sambutan malam raya sahaja selain memenuhi permintaan ramai peminat yang merindui figura berkenaan di set MeleTOP.
“Mengapa kami bawakan Neelofa untuk program MeleTOP malam raya adalah bagi ‘meringankan’ kerinduan para penonton terhadap penampilannya di set berkenaan.
“Malah ketika Nabil berseorangan di studio atas situasi semasa yang berlaku kini, dia tiada peneman dan kali ini kita hadirkan teman asal Nabil, istimewa untuk malam itu nanti,” katanya.
Menyifatkan kehadiran rakan hos sebagai satu yang dinantikan, Nabil turut menyambut baik idea tersebut.
Ads
“Terbaik. Bila ada ‘bunga’ di sisi rasa seronoklah sikit. Misalnya ketika bersama Sherry baru-baru ini, meriah jadinya.
“Idea (Neelofa kembali ke set MeleTOP) pun terjadi bila kami buat ‘live’ sebelum bersiaran secara langsung.
“Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi raya. Bagi saya lengkaplah MeleTOP raya. Terima kasih Astro,” katanya.
Selain itu, beberapa program menarik termasuk Mega Ria Raya yang akan bersiaran setiap hari selama lapan hari juga merupakan antara tarikan istimewa yang ditawarkan sempena Kempen Raya Astro kali ini.
Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi menambah, menerusi program itu juga, elemen kad ucapan raya akan dihidupkan kembali dan para penonton berpeluang untuk menghantar ucapan mereka untuk dibacakan di kaca TV.
Ads
Sementara itu, Astro turut menawarkan hadiah beserta duit raya bernilai sehingga RM100,000 khas buat pelanggan mereka menerusi Peraduan Senyum Lebaran di contest.astro.com.my.
Sementara itu, mengulas mengenai iklan raya Astro untuk tahun ini, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kejayaan beberapa filem animasi yang mengungguli carta filem ‘box-office’ membuatkan pihaknya terpanggil untuk membawa kelainan.
“Kejayaan beberapa filem animasi tempatan memberi inspirasi kepada kami untuk memperkenalkan watak animasi baru sebagai kempen raya tahun ini dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Astro.
“Kandungan animasi yang mengisahkan kanak-kanak perempuan bernama Dik Non ini juga dapat memberi keceriaan kepada penonton di rumah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun ini.
Ads
“Kami percaya elemen superhero yang diketengahkan dalam membantu orang yang lebih berusia dan individu dalam kesusahan dapat memberi mesej positif kepada penonton.
“Iklan raya ini juga bertepatan dengan tema Astro iaitu Indahkan Senyuman yang mana senyuman adalah salah satu kunci utama dalam mengubati segala perkara,” katanya.
Menurutnya lagi, watak animasi ini adalah harta intelek (IP) milik mereka dan merancang untuk dikembangkan menjadi sebuah karya yang lebih besar.
Saksikan sedutan sidang media secara virtual di sini;
Ashraf Muslim menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khabar gembira apabila dibenarkan keluar wad selepas mendapat rawatan akibat jangkitan Covid-19.
Meski disahkan bebas dari wabak itu, pelakon tersebut menyatakan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan sahabat lain di wad.
Malah dia mendedahkan memilih untuk terus kuarantinkan diri di hospital meski mendapat keputusan negatif sehari sebelum Ramadan kerana ingin merasai pengalaman berjemaah pada bulan mulia ini.
“Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.
“Allahuakbar, tak boleh nak terjemahkan perasaan ini… 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya.
“Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua,” jelasnya.
Ashraf pada masa sama turut mengakui banyak pengalaman serta memori tercipta sepanjang tempoh menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh itu.
“Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’.
“Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.
“Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya.
“Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 utk kuarantin kan diri di wad. Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang.
“Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu.
“Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah.
“Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya,” tulisnya sambil memberikan kredit buat para pesakit lainnya.
Terdahulu, Ashraf Muslim disahkan positif COVID-19, sebaik pulang selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland, penghujung bulan Mac lalu.
Foto : Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi perjalanan membesarkan anak angkatnya, Tiara Zinnirah yang disifatkan sebagai ruang untuk dicurahkan kasih sayang.
Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat yang sentiasa mengambil berat dan memudahkan urusan proses mengambil anak angkat.
Jelasnya, ujian ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai buat insan sepertinya.
“Semoga Warga JKM hulu langat sentiasa dalam lindungan Allah.. terima kasih sentiasa ambil berat tentang perjalanan tiara zinnirah.
“Hari ini dapat bertemu lagi dengan mereka semua dan akan terus berurusan dengan mereka sehinggalah tiara besar.
“Kepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat..ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka.
“Yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
“Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita.. serta berkenalan dengan ramai orang.. kita baru sorang.. mereka di JKM?
“Beribu orang untuk di proses.. tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
“Saya buat Untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi..kini Allah sediakan ‘ruang’ untuk di curahkan.
“Ayah sayang awak tiara zinnirah nasir bte abd haq. #bintangmamaayah,” kongsi Achey.
Sekadar imbasan, Achey mendirikan rumah tangga dengan Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak sepuluh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei 2018.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan sapaan Diva AA ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Twitter miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan bekas hos itu sedang membuat persiapan untuk memasak Gulai Rendang dan ia turut kepada pelanggan yang telah membuat tempahan, Sabtu depan.
Dalam pada itu, Diva AA tidak dapat menahan sebak apabila teringatkan kenangan bersama arwah ibunya, Hajah Che Tom Yahaya.
Pada masa sama, Diva AA menjelaskan menu tersebut adalah resepi yang diperturun oleh arwah ibunya.
“Alhamdulillah ya, tengah sediakan bahan-bahan asas untuk menumis rendang chef Diva yang diorder oleh berbillion-billion great followers dan akan dihantar pada Sabtu ni.
“Rendang chef Diva AA ni belajar daripada arwah Mak Tom ya tapi arwah dah tak ada pun.
Lantas, perkongsiannya turut undang rasa sebak di kalangan wargamaya yang menonton rakaman video berkenaan.
Untuk rekod, Allahyarhamah ibu Diva AA meninggal dunia pada usia 82 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara, 18 Februari 2017.
Video: Twitter Azwan Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!