Sebuah hantaran di Instagram selebriti versatil, Elly Mazlein di Insta Stores seolah-olah memberi bayangan mengenai pengundurannya di dalam program realiti popular, All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Walaupun ia tidak menjelaskan secara terperinci namun hantaran yang dibuat Elly atau sinonim disapa Kak Lina pada Ahad antara lain menyebut soal tanggungjawab dan rezeki.
“Kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita… sebab apa? Sebab niat kita ni baik untukmember laluan kepada orang is shaking buat keja dengan lebih selesa.
“Lagi satu jangan gaduh pasal rezeki… Allah dahsusun baik untuk kita semua.
“Mengalah tak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya.
Ads
Malah, penyanyi lagu Bungaku Bakawali inj turut meluahkan rasa terhadap kenyataan individu berbaur sindiran yang didakwa mendakwa cuba memancing emosinya.
“Kita dah elok senyap member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni.
Ads
“Dunia… dunia. Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik…makin serlah kelucuan ni
“Ni baru nama lucu… tak adalah ia lucu stereotaip.
Ads
“Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mananya kita ,sombong hebat kasi turn sikit (kurangkan) dik. Ingat asl usul,” luahnya lagi.
Terdahulu pada Rabu, Astro dalam kenyataan rasmi mengumumkanpengunduran Elly sebagai pengacara program realiti itu.
Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu dilaporkan membuat keputusan itu atas sebab peribadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kesemua bintang yang bersaing di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada minggu ketiga konsert boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan di penghujung segmen.
Ia sekali gus menyelamatkan Ayai Illusi yang berada di kedudukan paling corot minggu ini dengan perolehan markah sebanyak 51.75%.
Dua bintang lain yang turut berada di ‘bottom three’ kali ini ialah Zamani dan Datuk Aishah, masing-masing dengan 53.75% dan 57.25%.
Sementara itu, Jaclyn Victor unggul meraih markah tertinggi iaitu 76.00% diikuti Liza Hanim 74.75% dan Naqiu dengan 74.50%.
Dalam pada itu, empat peserta lain memperolehi markah yang sama iaitu Noryn dan Aliff Aziz (66.00%) serta Ezad Lazim dan Azharina (58.00%).
Dibariskan senarai lengkap ranking markah yang diterima daripada semua bintang bertanding;
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang di samping Datuk Syafinaz Selamat dan ia bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Scha Al-Yahya enggan mempedulikan tanggapan segelintir pihak yang kurang senang dengan kelantangannya untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin di media sosial.
Menurut Scha, sebagai seorang yang beragama Islam, dia harus memanfaatkan pengaruhnya untuk membangkitkan kesedaran dan mengecam tindakan pihak Israel.
“Saya tahu ada sesetengah pihak yang menganggap hal ini sebagai isu yang sangat sensitif. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam. Pegangan kita kuat.
“Kalau ada pihak lain yang tidak senang dengan kelantangan saya, itu masalah mereka.
“Sebagai rakyat di negara muslim, kenapa saya nak kena takut dengan suara-suara pihak luar yang mengkritik tindakkan saya itu,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Pada masa sama, Scha turut memaklumkan dirinya lebih selesa menunjukkan sokongan dengan cara yang tegas tetapi tidak biadap.
“Saya memang ada banyak berkerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa yang kita pun tahu mereka di pihak mana.
“Namun, bagaimana cara kita menyatakan sokongan juga sangat penting. Kita boleh menunjukkan sokongan tapi jangan pula kita menghentam orang lain dengan bahasa yang kasar atau malampau.
“Kita kena tahu bagaimana untuk menyusun kata. Memang ada pihak yang akan mempersoal adakah tindakan kita ini boleh membuat perubahan.
“Memang boleh. Kalau semua bersuara, kita boleh menjadi satu kumpulan yang sangat kuat. Buat sahaja apa yang kita rasa betul,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tetap faham ada sesetengah jenama antarabangsa yang terpaksa meneruskan kempen promosi kerana ingin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Ada jenama yang tahu isu ini sensitif dan ada juga yang mungkin terlupa. Ada diantara mereka yang tetap memberikan tarikh untuk saya memuat naik posting di media sosial.
“Jadi, saya bagitahu mereka yang ketika ini, saya kurang selesa dengan apa yang sedang terjadi. Saya cadangkan untuk memilih waktu yang lebih sesuai.
“Sangat penting untuk saya berkomunikasi dengan wakil mereka. Mereka sebenarnya faham situasi itu. Kita kena bijak dan jangan ikut sahaja apa yang mereka mahukan. Kena fikirkan juga kesannya.
“Mereka juga ada jemput untuk menghadiri majlis tetapi saya tolak dengan baik. Mereka sebenarnya bukan tak sensitif tetapi mereka sudah punyai jadual yang perlu diikut. Sebagai selebriti, kita ada pilihan,” akhirinya.
Terdahulu, Scha telah diperkenalkan selaku hos merangkap mentor dan juri Hero Dewi Remaja 2023.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Pengajuran pencarian bakat Hero Dewi Remaja 2023 ini merupakan sebuah lagi kerjasama strategik di antara Astro menerusi saluran Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida berpandangan denda ganti rugi berjumlah RM10,000 yang dikenakan kepada pelakon, Amelia Henderson dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama bersama syarikat produksinya adalah sangat sedikit.
Bagaimanapun, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang tetap menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.
“Peguam saya belum dapat lagi alasan bertulis penghakiman. Tapi secara ringkas saya dimaklumkan peguam bahawa pertama, mahkamah bersetuju berlakunya pelanggaran kontrak seperti yang saya tuntut.
“Walaupun begitu jumlah RM10,000 yang diberikan dengan hormat saya berpendapat adalah rendah,” katanya dalam satu kenyataan yang diberikan kepada pihak media.
Pada masa sama, A Aida turut memaklumkan dirinya akan berbincang dengan pihak peguam bagi tindakan susulan.
“Kedua, untuk fitnah, saya tidak dapat komen kerana ia adalah discretionary atas pemahaman posting tersebut dan mahkamah tinggi mendapati ia bukan fitnah.
“Saya menghormati keputusan mahkamah tinggi dan akan berbincang lanjut dengan peguam samada perlu atau tidak untuk merayu lanjut ke mahkamah rayuan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, A Aida turut mengingatkan para pelakon untuk sentiasa menghormati kontrak yang telah dipersetujui bersama.
“Apa yang jelas, apa yang pernah saya perjuangkan, berlakunya langgar kontrak telah turut diperakui oleh mahkamah tinggi dan mahkamah turut menasihati kepentingan menghormati kontrak.
“Saya rasa kita perlu lihat secara menyeluruh keputusan mahkamah tinggi tersebut dan nasihat yg telah diberikan oleh Yang Arif tentang pentingnya menghormati kontrak,” katanya lagi.
Terdahulu, memetik laporan Kosmo, Amelia berjaya dalam rayuannya bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia hanya perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).
Sebelum ini, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd pada 18 April lalu.
Penghakiman di Mahkamah Sesyen itu mengatakan mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Selain itu, Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu “Aira” yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.
Justeru mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah 5% kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk A Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...