Pelakon, Ashraf Muslim meluahkan rasa bangga saat melihat para pelajar Maktab Tentera DiRaja memalukan sujud syukur sebaik sahaja selepas tamat menduduki kertas akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini.
Jelas Ashraf, mereka semua sudah berusaha dengan sebaiknya dan kini mereka hanya perlu berserah kepada yang maha Esa.
“Assalamualaikum and good morning guys! Mulakan dengan baik, insyaAlah akan berakhir dgn baik. Mulakan dengan niat yang baik dan berakhir dengan tanda syukur pada Allah.
“Kita dah belajar, dah usaha, dah buat macam-macam untuk berjaya dan terakhir kita serahkan kepada Allah swt. Bersedia untuk redha dengan apa sahaja keputusan Allah yang Maha Mengetahui. InsyaAllah,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Aku Bukan Dara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ashraf yang juga merupakan bekas pelajar di maktab tersebut turut menambah, segala perancangan telah diatur dengan baik oleh Allah SWT dan sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Ads
“Allah tidak akan menghampakan kita, cuma perlu sabar kerana nikmat Allah itu pasti datang.
“Congratulations boys! You make us proud of you all. Terima kasih cikgu! InsyaAllah doa cikgu Piji akan Allah makbulkan. Amin,” katanya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut menitipkan doa agar semua pelajar dapat menjadi insan yang berguna.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Kilafairy tidak mahu mengulas lanjut mengenai soal perancangan lebih serius bersama kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman. Malah, bintang ini turut menafikan dirinya sudah pun dilamar jejaka berkenaan.
Menerusi sedutan bersama program Melodi Ahad lalu, Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis tidak mempunyai maksud serius.
Bagaimanapun bintang berusia 28 tahun ini mengakui ada berbincang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya dengan dia kami jenis yang ‘date’ untuk berkahwin. Kita bukan ‘date’ untuk main-main. Sudah tentu kita ada bercakap ke arah itu, tapi bila kita serahkan kepada pihak lelakilah.
“Sebab kita perempuan, segan pula nak cakap. Sejujurnya kita memang ada cakap mengenai perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah, kalau nanti kalian akan tahu.
“Belum lagi. Ini (cincin) macam ‘choplah’. Ini saja macam biasalah…. ‘nah happy birthday macam tu’. Tapi perancangan itu ada, bila tu… Tunggulah,” katanya.
Kilafairy sebelum ini pernah berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini juga baru sahaja menjalinkan kerjasama dengan jenama Ufora dalam penghasilan produk lipmatte Ufora X Kilafairy dan sedang merancang untuk melancarkan lagu terbaru.
“Masih macam biasa, tawaran ini masih ada cuma kena pilih mana yang sesuai. Ditambah pula dengan situasi semasa. Kita sendiri nak pergi ke set penggambaran yang ramai orang pun ‘nervous’ juga. Cuma terpulang kepada saya untuk terima atau sebaliknya.
“Setakat ini semuanya berjalan lancar, Insya-Allah saya akan lancarkan single yang sudah pun dirakamkan. Tunggu masa sesuai,” katanya lagi.
Foto: Instagram Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Kaka Azraff menyifatkan kejayaan yang diraihnya ketika ini akan sentiasa didedikasikan buat ibunya yang selama ini telah banyak berkorban demi membesarkan dirinya serta tiga beradiknya yang lain.
Jelas Kaka, selain minat mendalam, antara faktor yang mendorong dirinya untuk menceburi bidang seni adalah untuk mengubah nasib keluarga.
“Semuanya untuk mama. Kaka pilih bidang ni sebab kaka minat dan nak bantu keluarga kaka.
“Kaka nak senangkan mama, nak mama relax. Cause I know macam mana susahnya mama besar kami empat beradik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan anak saudara kepada penyanyi, Ella itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Khamis.
Malah, Kaka turut mendedahkan ibunya juga telah bekerja dengan sangat keras bagi menyara keluarga lebih-lebih lagi selepas pemergian arwah bapanya.
“Selepas ayah meninggal, mama sorang-sorang besarkan kami. Kerja kilang, shift pagi, petang malam tapi tak pernah complain.
“Besar pengorbanan mama, tak mungkin dapat kaka balas segala jasamu. Terima kasih mama untuk segalanya. You’re my biggest inspiration. Love you Mama. Semoga Allah luaskan rezeki kita sekeluarga InshaAllah,” katanya lagi.
Kaka turut menambah, sepanjang penglibatanya di dalam industri seni, ibunya telah menjadi sumber inspirasibuat dirinya sampai ke hari ini.
Penyanyi lagu Gila ini turut memberi tahu, sekiranya kita mempunyai niat yang baik, sudah tentu segala usaha kita akan dipermudahkan.
“Percayalah, niat kita dalam melakukan sesuatu tu penting. Yakin dgn Allah dan terus usaha. Rasa dah usaha lama? Takpa, jalan je dengan niat yang sama.. pasti ada jalannya,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis berikan reaksi positif selain turut menyifat Kaka sebagai anak yang baik.
Terdahulu, nama Kaka kian menjadi tumpuan hangat terutamanya selepas memenangi anugerah utama di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menerusi lagu Gila bersama Noki dan Loka B, yang turut diungguli komposer, Ezra Kong.
Foto: Instagram Kaka Azraff, TV3 Malaysia, Muzik-Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang turut aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Datin Ira Ghani menzahirkan rasa terharu selepas menerima maklum balas baik dari rakan niaga serta selebriti ketika menyambut ulang tahun jenamanya, Aura Seri yang ke-20 tahun bulan lalu.
Kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG, penjenamaan semula produknya memberikan azam baru buat pengasasnya itu meski mengakui ada yang seolah-olah pesimis terhadap usahanya itu.
“Saya pernah kongsikan hasrat untuk lakukan ‘comeback’ kepada beberapa rakan artis. Cuma saya bimbang agak-agaknya ada tak yang akan sokong keputusan ini. Jujurnya saya tak sangka, ramai artis yang sokong.
“Antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Ramli MS, Datuk Awie, Zizan Razak, Liza Abdullah dan ramai lagi. Saya terharu sebabnya bila mereka lihat saya muat naik video ucapan artis di media sosial, ada rakan artis lain yang ‘pm tepi’ tanya mengenai perkara tersebut. Mereka turut tawarkan diri untuk turut sama berikan ucapan tahniah.
“Jenama Aura Seri suatu ketika dulu memang menyokong industri, malahan sehingga kini hubungan itu berjalan dengan sangat baik. Setiap majlis pasti akan diselitkan dengan kehadiran selebriti.
“Tetapi ada juga yang seakan-akan beri respon yang kurang baik. Tidak menyokong tu maksud saya mungkin bila ketika kita ni tengah meletup-letup, semua orang akan datang macam semut, menghurung.
“Tetapi apabila kita mendiam perkara sebaliknyalah yang jadi. Akan tetapi saya tidak berkecil hati kerana jenama ini pun sudah kukuh dan ada pembelinya sendiri. Malah bila penjenaman semula ini, kami lihat ada progres yang positif, alhamdulillah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ira, 44, yang kali pertama berlakon menerusi drama Menantu Ting Tong di samping Ruhainies dan Ben Amir lebih lima tahun lalu itu baru sahaja melancarkan program Santai With DIG di bawah saluran YouTube sendiri, DIG TV Channel.
Sudah pun bersiaran sebanyak episod sejak tiga episod, Santai With DIG dijangka mempunyai 13 episod kesemuanya dan akan ditayangkan setiap Jumaat jam 8.30 malam.
“Tagline yang kami gunakan ialah Syok, Santai dan Sempoi. Konten yang diketengahkan tidak langsung melibatkan produk atau yang seumpama dengannya. Ia lebih kepada perkongsian serta motivasi yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang. Sesiapa sahaja boleh tengok dan ambil input.
“Sebelum ini saya pernah jadi hos di RTM selama dua tahun menerusi rancangan Feminin. Jadi mengapa tidak sekarang yang mana semua orang sudah boleh wujudkan saluran sendiri di YouTube. Saya ambil peluang itu.
“Bukanlah saya nak syok sendiri, tetapi saya sudah terbiasa berikan ceramah motivasi, buat seminar dan sebagainya. Lalu timbul idea untuk angkat ia dalam versi digital pula.
“Santai With DIG ini menjadi medium untuk kami berkongsi tentang apa yang kami ada kepada penonton. Konsepnya cukup santai dan bersahaja.
“Mungkin orang dekat luar tengok saya ala-ala macam sopan baik, tapi jangan tak tahu rupanya saya seorang yang santai dan easy going. Kiranya saya cabar dirilah juga.
“Sebab itu, saya beratus kali tanya suami mengenai perkara ini. Betulkah apa yang saya buat ni, yelah saya tak mahu orang lihat saya pada sisi sama saja. Saya pun faham, biasanya untuk program di YouTube ini kalau konsepnya lebih santai mudah untuk tarik perhatian penonton,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ira turut berhasrat untuk menjemput beberapa selebriti popular sebagai panel jemputan di dalam episod yang akan datang. Dia ditemui dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Produk terkininya, aromaterapi Aura Seri by DiG juga sudah pun dilancarkan dan dijual pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...