Pentas Akhir Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung malam tadi menyaksikan satu lagi kejutan apabila pihak produksi mengumumkan malam Grand Finale akan berlangsung minggu hadapan.
Menurut Penerbit Eksekutif TTMM, Firdaus Mahadi, keputusan tersebut bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya telah dirancang lebih awal.
Malah situasi itu juga bukan kerana ketiadaan salah seorang finali iaitu Thalita yang juga anak kepada Shuib Sepahtu, yang kini sedang menjalani kuarantin akibat Influenza A.
“Keputusan untuk menambah satu lagi minggu Grand Finale sebenarnya telah dirancang lebih awal. Ia bukan keputusan yang baru dibuat malam ini kerana kita juga perlu mengikut jadual para peserta dan pengurus.
“Malah, keputusan malam ini juga bukanlah disebab ketiadaan Thalita. Seperti kita tahu, TTMM adalah sebuah program realiti dan inilah realiti yang sudah dirancang.
“Kita sebenarnya berbesar hati untuk menambah satu lagi minggu disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton.
Ads
“Ini merupakan hadiah buat mereka yang sentiasa menyokong TTMM selama ini,” katanya ketika ditemui di konsert akhir TTMM yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Firdaus turut menambah, perbincangan bersama pihak Shuib akan dilakukan dalam masa terdekat bagi menentukan status Thalita di pentas akhir.
“Kita akan adakan perbincangan dengan pihak Shuib nanti. Namun, jika mengikut perancangan asal, Thalita memang akan bertanding di pentas Grand Finale kerana kita sudah menetapkan jadual mereka,” ujarnya.
Sokongan Selebriti & Reaksi Penonton
Dalam pada itu, keputusan produksi untuk melanjutkan saingan TTMM mendapat reaksi baik dalam kalangan peminat serta rakan selebriti yang memuji langkah tersebut.
Ads
Ramai melihat tindakan itu sebagai cara terbaik menghargai usaha finalis dan pengurus yang telah memberikan persembahan luar biasa sepanjang musim ini.
Firdaus juga menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap penambahan minggu akhir itu tidak adil buat peserta lain.
“Sebenarnya, semua pihak sudah mengetahui mengenai perancangan ini. Namun, sebagai penghargaan kepada usaha para peserta dan pengurus malam ini, pihak produksi bersetuju untuk memberikan anugerah Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik.
Ads
“Kita dapat lihat setiap peserta telah ‘all out’ dan memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini,” katanya.
Firdaus turut menambah, elemen drama dalam TTMM bukanlah gimik kosong, sebaliknya penambah rasa yang menjadikan program itu lebih menghiburkan.
“Pada saya, tiada istilah ‘drama-drama yang tidak sepatutnya’ di dalam program ini. Segalanya masih dibuat mengikut konteks TTMM dan hiburan keluarga.
“Segala drama yang berlaku hanyalah sekadar suntikan dan penambah perasa dalam sesebuah rancangan. Kalau tiada drama, boring pula nanti,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malam bersejarah tercipta buat pelakon Anna Jobling apabila dinobatkan sebagai penerima trofi Outstanding Asian Star – Malaysia di pentas berprestij Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Majlis penuh gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV.
Kemenangan ini membuktikan kehebatan Anna sebagai bintang yang bukan sahaja memikat hati penonton Malaysia menerusi lakonan berkesan dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah!, malah berjaya menawan perhatian peminat antarabangsa.
Dengan pengiktirafan ini, Anna kini berdiri sebaris dengan bintang-bintang Asia lain yang turut diiktiraf di pentas global melalui SDA, salah satu anugerah drama paling berprestij dunia.
“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.
“Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya.
“Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia,” luah Anna.
Dalam pada itu, kejayaan ini sekaligus membuka lembaran baharu buat Anna yang semakin melangkah jauh ke arena antarabangsa selepas mencipta nama di tanah air.
Sebagai bintang muda yang sedang bersinar, Anna juga berazam untuk menjadi inspirasi kepada generasi pelakon baharu Malaysia agar berani bermimpi besar dan menapak lebih jauh.
Baginya lagi, kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi simbol bahawa industri seni lakonan Malaysia kini semakin mendapat tempat di pentas global.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Imbas kemabli kemenangannya di pentas Miss Grand International 2025, Emma Mary Tiglao, mencuri perhatian dunia bukan sekadar kerana kejelitaannya, tetapi kerana keberaniannya menyentuh isu kemanusiaan, termasuk situasi di Gaza di hadapan ribuan penonton dan jutaan penstrim global.
Pada segmen Top 10 speech round, Emma yang juga seorang wartawan memulakan ucapannya dengan nada penuh emosi dan empati terhadap pelbagai krisis yang melanda dunia, ini termasuklah tentang genosid yang melanda Gaza ketika ini.
“Sebagai seorang wartawan, hati saya sangat pedih melihat negara saya yang tenggelam dalam korupsi, mengenang nyawa-nyawa yang terkorban akibat gempa bumi dan taufan. Dan buat wartawan seperti Mariam Abu Dagga dari Gaza, yang gugur demi kebenaran,” katanya tegas.
Kata-kata itu nyata menggamit emosi ramai apabila Emma dengan berani menyebut nama seorang wartawan Gaza yang meninggal dunia dibunuh ketika melaporkan di kawasan bergolak, sesuatu yang jarang dilakukan peserta ratu cantik antarabangsa di pentas sebesar itu.
“Kita tidak dilahirkan untuk hidup dalam ketakutan, tetapi untuk berharapan, untuk mengasihi, dan untuk hidup dalam kedamaian. Keamanan bermula apabila ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh belas kasihan, apabila pemimpin menunjukkan kerendahan hati, dan apabila anak muda menemui tujuan hidup mereka.
“Dan apabila kita hidup dengan empati serta kebaikan hati biarlah kasih menjadi suara paling agung untuk keamanan,” tambahnya lagi dengan penuh makna.
Ucapan yang begitu bermakna itu disambut tepukan gemuruh penonton dan tular di media sosial sejurus selepas segmen berakhir.
Ramai memuji keberanian Emma kerana memilih untuk menggunakan platform antarabangsa itu bagi menyuarakan mesej kemanusiaan, bukannya sekadar menonjolkan kecantikan atau gaya persembahan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan bekas peserta popular Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter P. Edwin Edin yang meninggal dunia pada 18 Oktober 2025 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Menurut laporan Sabah News, beliau meninggal dunia jam 10.50 malam. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu dimasukkan ke hospital apabila mengalami masalah kesukaran bernafas.
Lotter,43, mula mencipta nama selepas menyertai program realiti popular Akademi Fantasia musim keempat pada tahun 2006 dan muncul sebagai naib juara.
Sepanjang penglibatannya dalam industri muzik, beliau dikenali dengan suaranya yang unik serta keperibadian yang mesra dengan peminat.
Selain bergiat dalam bidang nyanyian, beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di beberapa stesen tempatan seperti Suria FM Sabah dan Kupikupifm.
Imbas kembali, Lotter menyertai Akademi Fantasia musim keempat pada 2006 ketika berusia 25 tahun. Beliau tersingkir pada minggu ketujuh namun kembali masuk dalam pertandingan pada minggu kesembilan menerusi undian AF masuk.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, tampil menghulurkan bantuan peribadi berjumlah Rp15 bilion (kira-kira RM3.7 juta) bagi meringankan beban mangsa banjir...