“Kita Akan Terima Ahli Keluarga Baru,”- Rody Kristal Bakal Timang Anak Kedua Julai Ini

Share

Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengumumkan berita gembira apabilanya isterinya, Niena Azman kini hamil anak kedua.

Perkara itu dikongsikan Rody atau nama lengkapnya Mohd Rodi Baharudin bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 semalam.

“Happy birthday to me! 34 dah.. tq syg surprise kan i tiap2 tahun.. tp dah pesan siap2 nk surprise kan i kena jimat2.. hehe.

“Love u syg! Alhamdulillah.. hadiah dari Allah.. Tahniah abang @adithya_jabbar ! Hehe.. tq syg,” tulisnya.

Sementara itu, Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan turut berkongsi berita gembira itu dan dijangka anak kedua lahir pada Julai ini.

“Happy Birthday En.Mi ❤ I wanted to wish you the very best, but you already have me! Haha.. so no need 🙊🙈 but the truth things, im the lucky one to have you in my life.. tak tau mcm ne nk gambarkan hidup i skrg mcm ne.

“I think i have the beautiful smile in the world cause i have u.. Alhamdullilah.. this coming Julai, kte akan terima family members baru.. so let’s work hard lg.

“Moga u berjaya dan dimurahkan,so i boleh relax and shopping..eh! 😂😂😂 Di usia 34 ni, jgn2 la noty ok.. klu xnk rasa bola tu smpai kt gitar-gitar u.. or i hantar Adith je, sejak akhir2 ni.. abg2 btol die 😂 moga kte till jannah ya,” kongsi Niena. 

Terdahulu, Rody berkahwin dengan Niena pada 27 April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Adithya Jabbar yang kini berusia setahun.

Foto : Instagram Rody Kristal, Niena Azman

IKLAN