Kisah Lagu Inggeris Pertama Amelina, Kelibat DSV, Sesi ‘Tabur Duit’, Isu Datuk Aliff & Izzue Islam Antara 10 Corat-Coret Malam Final GV5!

Share

Konsert final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang menyaksikan Noryn Aziz diumumkan sebagai juara turut memberikan pelbagai warna-warni sepanjang program.

Nah, ini dia antara corat-coret menarik sepanjang malam final!

1. Jihan tampil mengenakan gaun rona emas berpanel rekaan Hatta Dolmat manakala solekan pula oleh Chomel.

2. Lagu Power of Love yang dinyanyikan Amelina menerusi segmen pertama bersama Bob Yusof merupakan lagu Inggeris pertama yang dinyanyikan bintang itu di mana-mana pertandingan. Sementara bajunya pula direka pereka, Jimmy Couture.

3. Izzue Islam yang mengumumkan dirinya bukan lagi ahli kumpulan Forteen membuat persembahan pertama secara berasingan bersama para peserta lelaki GV5 lainnya.

Pada segmen itu, mereka menyanyikan lagu berjudul Pop Yeh Yeh.

4. Terdahulu, kecoh dewan apabila penaja utamanya, Datuk Seri Aliff Syukri meluru keluar kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan segmen intro.

Pada slot tersebut, pengasas kosmetik itu telah pun memperkenalkan single terbarunya, Biar Apa Orang Kata. Aliff turut meluahkan rasa kesalnya menerusi Instagram.

5. Kehadiran Datuk Seri Vida turut menggamatkan penonton yang memenuhi dewan. Memang lawa, DSV mengenakan gaun rona jingga siap ‘bling-bling’ ya!

6. Billy buat kali pertamanya membuka topi untuk persembahan kedua menerusi lagu Bunga nyanyian asal Altimet.

7. Fans siap ‘tabur duit’ menerusi slot battle antara Zamani dan Billy Zulkarnain. Memang happening apabila penonton turut memberikan standing ovation.

Memang respek, apabila Tok Ram turut memuji keakraban mereka meski segmen battle.

8. Datuk Seri Aliff Syukri dilihat beberapa kali keluar dan masuk ke dewan. Mengapa pula tu?

9. Dia Fadila sempat bertanya pada rakan wartawan sama ada ok atau tidak nyanyiannya ketika sesi battle bersama Noryn Aziz.

Katanya lagi, dia juga bimbang andai versi rapnya tidak menjadi. Apa pun, Dia tetap vass!

10. Nah, ini dia foto kesemua finalis pada sesi sidang media selepas lebih dua jam setengah bersaing di malam. Mana satu kegemaran korang?

IKLAN