Kenaikan harga minyak bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Dalam setahun beberapa kali juga lah ia turun naik hingga adakalanya masyarakat seperti sudah lali dengan perkembangan ini.

Berbeza pula dengan kes pertunangan Fattah Amin dan Fazura. Nampaknya video sidang media serta update-update terkini tentang mereka mula membanjiri timeline akaun Facebook masing-masing.

Mana tidaknya, isu seperti ini memang jarang berlaku di Malaysia. Lebih lagi nama Fattah bukanlah nama asing lagi dikalangan pengikut hiburan tanah air.

Tambah pula kisah mereka hangat diperkatakan di media sosial sejak bergandingan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Dicampur pula dengan tuduhan kononnya mereka sudah bernikah beberapa jam sebelum ke Makkah lagi membuatkan ramai orang ingin kepastian dan jawapan yang sahih daripada tuan punya badan.

Bukan setakat peminat sahaja yang rasa berdebar menanti tarikh keramat 23 November 2017, MH juga rasa pihak-pihak media juga turut terkesan sama untuk mendapatkan jawapan yang pasti.

Namun baru-baru ini kedua pihak telah bersuara dan membuat pengakuan secara terbuka status perhubungan mereka terkini.

IKLAN

YA, memang benar spekulasi tentang pertunangan mereka itu sunngu tepat. Malah baru-baru ini kedua pasangan Fattzura sudah berkongsi sebuah video pertunangan mereka, namun berkenaan isu nikah, sehingga kini Fattah menegaskan tiada sebarang majlis pernikahan berlaku di Makkah seperti dakwaan sesetengah pihak.

Apapun, MH nak kongsikan kronologi percintaan pasangan hangat ini buat anda yang ingin tahu.

Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, mula menjadi perhatian selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Mei lalu.

Persahabatan yang terjalin berterusan apabila kedua-duanya sering diundang bersama dalam acara.

Malah mereka berdua rajin berbalas-balas komen di laman sosial sehingga banyak pihak yakin mereka memang ‘sesuatu’.

IKLAN

Peminat mewujudkan hashtag #Fattzura. Pada 2 November, sekali lagi digandingkan dalam drama Wanita Terindah.

Hubungan mereka makin menjadi perhatian September lalu apabila Fazura meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-27 pada 14 September.

Kemudian, Fazura menerima kejutan paling manis dari Fattah apabila menerima 500 kuntum mawar sempena ulangtahun Fazura yang ke 34 pada 27 September

13 November, Fattah dengan Fazura selamat bertunang pada majlis yang diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah mengal kisah mereka lebih mendapat perhatian bukan?

MH ucapkan tahniah buat Fattah dan Fazura.

Nah #MHBelanjaGambar kronologi percintaan mereka

Kisah Cinta FattZura Lebih Dapat Perhatian Dari Isu Harga Minyak Naik

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI