“Kini Saya Pula Berpeluang Disolek…,” – Neelofa Teruja Disolek Patrick Ta, Yang Pernah ‘Cantikkan’ Wajah Gigi Hadid & Camila Cabello

Share

Kian diberi pendedahan dalam dunia fesyen antarabangsa, Neelofa sekali lagi menarik perhatian apabila menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkenal, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.

Pengusaha jenama Naelofar itu merakam rasa teruja apabila disolek jurusolek berkenaan, sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.

“Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.

“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujarnya.

Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan.

Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.

IKLAN