Kim Taehyung Dinobat Sebagai Lelaki Terkacak Di Dunia 2023. David Beckham Pula Di Kedudukan Kelima

Share

Carta personaliti terkacak dan tercantik sentiasa menjadi perhatian. Terdapat beberapa laman sesawang popular yang mengeluarkan senarai dan membuka undian kepada peminat untuk mengundi dan memilih.

Terbaharu menerusi laman web TechnoSports, mereka telah menyenaraikan 10 senarai lelaki terkacak di dunia. Senarai ini disusun berdasarkan pelbagai laporan dan berita sebelum dirangkumkan siapa berada pada kedudukan tertinggi dan seterusnya.

V BTS

Berada di kedudukan pertama ialah Kim Taehyung atau lebih popular dikenali sebagai V. Penyanyi dari kumpulan Kpop popular, BTS ini telah memikat ramai individu, terutamanya peminat wanita yang memujanya.

Dia telah berjaya mengalahkan nama besar lain sebeperti Robert Pattinson, Hritik Roshan dan Tom Holland yang mana masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga dan keempat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulilah Saya Bersyukur Kepada Allah…,” – Antara 100 Lelaki Terkacak, Ini Ulas Meerqeen

Hritik Roshan
David Beckham

Berada di kedudukan kelima pula ialah pemain bola terkenal, David Beckham. Biarpun sudah berusia 48 tahun namun suami kepada Victoria Beckham ini masih berbisa. Mengikuti rapat dirinya ialah pelakon, Idris Elba yang berada di kedudukan keenam.

Satu-satunya personaliti bukan selebriti yang berada dalam senarai 10 lelaki ialah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang berada di kedudukan ketujuh. Justin yang sudah lapan tahun memegang tampuk pemerintahan kini berusia 52 tahun. Baru-baru ini beliau mengumumkan telah berpisah dengan isterinya, Sophie Trudeau.

Justin Trudeau

Tiga pelakon Hollywood melengkapkan kedudukan top 10 lelaki terkacak di dunia. Berada di kedudukan kelapan ialah Bradley Cooper dan diikuti oleh Chris Evans dan Zac Efron, masing-masing berada di kedudukan kesembilan dan kesepuluh.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN