Memaafkan seseorang yang pernah melukakan hati kita itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Itulah yang dirasai oleh selebriti, Khloe Kardashian apabila dia menerima kembali kekasihnya, Tristan Thompson setelah lelaki itu kantoi curang beberapa hari sebelum dia melahirkan anak mereka.

Khloe Kardashian Beri Respon Bila Dirinya Sudah Berbaik Dengan Tristan Thompson

 

IKLAN

Berikutan kecewa dengan keputusan Khloe tersebut, seorang peminat melahirkan rasa kecewanya menerusi laman Twitter.

“Saya sangat menyukai dan menyokong Khloe namun sangat kecewa apabila dia mengambil keputusan untuk kekal bersama ‘si tak guna’ Tristan.

“Dia nasihat wanita supaya tahu nilai diri dan bila untuk ‘angkat kaki’ tapi bila kena di batang hidung sendiri, dia jadi hipokrit,” tulisnya.

Tidak mahu isu tersebut berpanjangan, Khloe membalas ‘tweet’ tersebut.

IKLAN

Khloe Kardashian Beri Respon Bila Dirinya Sudah Berbaik Dengan Tristan Thompson

IKLAN

“Tidak semestinya, awak tidak tahu apa yang terjadi di dalam hubungan kami atau bagaimana kami ingin membina semula hubungan ini perlukan dua orang sekaligus.

“Saya sangat bangga dengan ‘kekuatan’ saya (menghadapi skandal ini). Saya juga menghormati pandangan anda dan berharap kamu berpendapat sama kepada orang lain yang turut mengambil keputusan yang serupa dalam situasi yang sama,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaru, Tristan berusaha keras untuk mengambil semula hati Khloe setelah skandal kecurangan menghiasi muka depan media. Antara perkara ‘sweet’ yang dia lakukan seperti ‘dinner date’, pergi ke gim bersama-sama dan juga menjaga anak mereka.

Foto:Carian Google

sumber: E News!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI